Babak lucah Zul Ariffin dalam drama, Zul Yahya bagi ayat panas!

Babak lucah Zul Ariffin dalam drama, Zul Yahya bagi ayat panas!

Tindakan aktor terkenal Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagram semalam kini menjadi kontroversi dan tular di media sosial.

Video yang mencetuskan kecaman ramai itu memaparkan beberapa babak aksi mengghairahkan lakonan pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 36, bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Antara babak itu adalah aksi panas Zul mendukung Siti Hariesa sedang berasmara tidak berbaju.

Babak lucah Zul Ariffin dalam drama, Zul Yahya bagi ayat panas!

Lebih panas juga, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul dengan gaya menghairahkan.

Disebabkan video tersebut juga, nama Zul dan pengarah drama tersebut iaitu Erma Fatima kini trending dalam Twitter.

Majoriti netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak menyokong tindakan pengarah termasuk pelakon tempatan yang bersetuju untuk melakukan adegan panas terbabit.

Malah, ada juga yang kecewa video tersebut dikongsi pada hari Nisfu Syaaban dan sebulan sebelum Ramadan menjelang.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan babak tersebut sama dengan filem 50 Shades of Grey yang terkenal dengan aksi lucah.

Menerusi Live Facebook, Zul Yahya meluahkan rasa malu dan kesal dengan apa yang terjadi di dalam industri hiburan Malaysia.

Sewaktu beliau sendiri terlibat dalam dunia lakonan dahulu tiada babak babak panas yang memalukan waktu itu. Adakah kita mengikut budaya barat?

“Nama sama hujung hujung pelakon itu cuma bapak dia dan bapak saya tak sama” – Zul Yahya

Zul Yahya turut memberi teguran kepada Zul Ariffin, producer, penerbit dan siapa yang terlibat.

Tinjauan mendapati video yang telah meraih lebih sejuta tontonan dan 21,000 komen tersebut telah dipadamkan menerusi Instagram Zul.

Selain Zul dan Siti Hariesa, Mimi Lana turut membintangi drama tersebut.

Sebelum ini, Zul yang berbadan sasa pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi membabitkan aksi mesra dengan beberapa pelakon wanita termasuk Ruhainies.

Tonton:

BACA JUGA:

Cedera gaduh dengan kucing, kos rawatan hamster ini cecah ribuan ringgit

Reen Rahim dah bertudung, peminat puji bertambah comel

Huru-hara jadi bila Fizz Fairuz dan Mimi Peri bergabung, berdekah habis!

COMMENTS

Wordpress (0)