Bantuan tambahan BKM sehingga RM500, ini cara semak kelayakan

Bantuan tambahan BKM sehingga RM500, ini cara semak kelayakan

Bantuan tambahan BKM sehingga RM500, ini cara semak kelayakan. Selain daripada jumlah asas pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 2), mereka yang layak juga akan menerima BKM Tambahan berdasarkan jumlah pendapatan dan bilangan anak yang telah ditetapkan.

Berikut adalah maklumat berkaitan kadar bayaran bantuan BKM Tambahan.

Maksud BKM Tambahan
BKM Tambahan ialah kadar bayaran tambahan yang diberikan kepada penerima yang layak yang terdiri daripada kategori Isi Rumah Berstatus Ibu Tunggal (IBT) dan kategori isi rumah berstatus warga emas berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Kadar BKM Tambahan
Kadar bayaran untuk BKM tambahan ini adalah antara RM300-RM500 diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima dalam kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang layak; atau
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
Dalam kes ini, penerima di atas akan menerima bayaran berdasarkan jumlah berikut :

Bantuan tambahan BKM sehingga RM500, ini cara semak kelayakan

bayaran tambahan bkm kategori
Cara Semakan
Untuk mengetahui sama ada anda menerima bayaran ini, semakan boleh dibuat di portal MyBKM melalui pautan berikut : Semakan BKM

Layari https://bkm.hasil.gov.my/
Tekan log masuk MyBKM
Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
Klik Butang Semak
Pengesahan Kata Laluan Keselamatan Berdaftar
Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
Klik Log Masuk
Klik pada Semakan Status
Melalui semakan status anda akan melihat maklumat berkaitan BKM termasuk maklumat BKM Tambahan (jika layak).

status pembayaran bkm tambahan
Info Mengenai BKM

Talian BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
e-Mel: [email protected]