Antara masalah sering dialami ialah masalah angin dalam badan. Angin dalam badan menyebabkan seseorang tidak selesa dan akan mengeluarkan angin jika kita memicit di beberapa bahagian anggota badan.
Walau bagaimanapun, mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih tidak tahu bahawa angin tersebut bukan berpunca daripada badan tetapi berpunca daripada usus yang mengandung angin. Haa macam mana tu?
Dr Jue menjelaskan punca angin dekat badan adalah disebabkan usus tidak sihat dan mengeluarkan angin. Jelasnya lagi, usus manusia terdapat banyak urat saraf yang disambungkan keseluruh badan manusia. Oleh sebeb itu, bila kita memicit bahu angin akan keluar kerana usus tidak sihat.
BACA JUGA : Isteri ‘kantoi’ curang depan mata anak, suami lafaz talak serta-merta
“Salam doc. Saya nak tanya badan saya banyak sangat angin. Macam mana ya nak kurangkan?” tanya pengguna TikTok kepada beliau.
Tambah beliau lagi, cara untuk membuang angin adalah dengan membetulkan usus kita. Ini bermakna kita perlu menjaga pemakanan seperti tidak mengambil gula secara berlebihan dan tidak minum susu serta menasihati agar elak mengambil pewarna, perasa,pengawet, proses food dan pemanis.
Jadi, pastikan anda makan makanan sihat seperti pribiotic supaya dapat memberi kebaikan kepada usus kita. Jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat.
@drjueofficial Reply to @bedumb0 ♬ original sound – Dr Jue