Bapa dituduh rogol anak kandung berusia 8 tahun

Bapa dituduh rogol anak kandung berusia 8 tahun

Seorang buruh berdepan dua pertuduhan merogol anak kandung yang baru berusia lapan tahun, di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Tertuduh yang berusia 47 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Lelaki terbabit didakwa merogol anak kandungnya apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bilik tidur sebuah rumah di Pasir Puteh, pada Jan dan Feb lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 5 Sept depan bagi sebutan semula kes.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/582726

COMMENTS