Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir hari ini dimaklumkan telah kehilangan ayah tercinta iaitu Dr Mohammad Tahir bin Abdul Rahman.

Menerusi instagram beliau, selebriti tersebut telah memuat naik foto gelap dengan kapsyen ‘Innalillahiwainailahirajiun’ tanpa sebarang perkongsian lain.

Anas maklumkan bapa sudah tiada

Adiknya, Anas Tahir yang juga penyampai radio Zayan FM, telah memuat naik perkara tersebut dan memuat naik gambar bapanya yang dipanggil abah.

“Terima kasih Allah. Terima kasih untuk segalanya yang kau berikan. Terima kasih Abah. Kami sayang Abah,” tulisnya ringkas.

BACA JUGA : Ibu tanpa sengaja lahirkan anak ketika buang air besar

Pemergian Dr Tahir merupakan satu kehilangan besar negara memandangkan beliau merupakan antara aktivis senior di Tanah Air.

Beliau juga merupakan bekas penyarah di Universiti Malaya dan merupakan aktivis Aqsa Syarif iaitu satu badan bukan kerajaan (NGO) yang kuat memperjuangkan Palestin dan negara-negara Arab yang sedang bergejolak.

Keadaan bapa sebelum ini kurang sihat

Sebelum ini, Anas pernah membuat posting di Instagramnya dengan menyatakan perkembangan terkini kondisi bapa yang berada dalam keadaan kurang sihat.

Penyamai radio berkenaan memaklumkan bapanya perlu berehat seketika dari aktiviti hariannya yang sering terlibat dengan mesyuarat online melibatkan NGO-NGO yang disertai.

Salam takziah buat ahli keluarga Faizal Tahir dan Anas Tahir diatas pemergian bapa tersayang. Innalillahiwainailahirajiun.

Sumber : https://ohmymedia.cc/bapa-faizal-tahir-meninggal-dunia-hilangnya-pejuang-kemanusiaan/

COMMENTS