Bapa rogol anak 16 tahun ketika isteri bekerja

Bapa rogol anak 16 tahun ketika isteri bekerja

Seorang bapa empat anak tergamak merogol anak gadisnya berusia 16 tahun ketika isterinya keluar bekerja dalam kejadian di Kampung Merkang, di sini.

Kegiatan jijik itu terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek berusia 51 tahun itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Azmir Damiri berkata, suspek ditahan di rumahnya sebaik menerima laporan.

Katanya, mangsa tinggal bersama suspek yang juga ayah kandung bersama ibu dan tiga adik beradik yang lain.

“Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu suspek masuk ke dalam bilik tidur mangsa dan merogol mangsa ketika ibu mangsa keluar bekerja dan adik beradiknya masih tidur.

BACA JUGA : Bimbang ditangkap khalwat, berpeluh menyorok bawah katil janda

“Mangsa turut memaklumkan kejadian dirinya dirogol suspek berlaku beberapa kali sebelum ini sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Azmir berkata, sebelum ini mangsa tidak bercerita kepada sesiapa kerana bimbang dimarahi dan dipukul suspek.

Katanya, suspek ditahan dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/07/840075/bapa-durjana-rogol-anak-ketika-isteri-bekerja

BACA JUGA : Tidak membayar hutang ceti, wanita dipukul dan dibogel

COMMENTS