Bapa tiri rogol anak angkat OKU dipenjara

Bapa tiri rogol anak angkat OKU dipenjara

Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh di sini hari ini kerana merogol anak angkatnya berumur 11 tahun yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) pada Jun dan Julai lalu.

Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman selepas tertuduh yang berumur 27 tahun mengaku bersalah selepas petuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa merogol mangsa yang merupakan anak saudaranya yang dijaga sejak kecil sebanyak dua kali dan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Menurut kertas pertuduhan, pada pertengahan Jun lalu antara pukul 11 hingga pukul 12 tengah hari semasa berada di sebuah bilik di rumah pangsa Jalan Karak- Temerloh tertuduh telah merogol seorang kanak-kanak bawah umur yang juga anak angkat yang dipelihara sejak bayi.

Bagi kesalahan kedua tertuduh sekali lagi melakukan jenayah rogol terhadap mangsa di tempat yang sama pada 19 Julai lalu kira-kira pukul 11 pagi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilah Mohd. Ali.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/26/jurukimpal-dipenjara-25-tahun-20-sebatan-rogol-oku/

COMMENTS