[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Baru berusia 4 tahun dah hafal hadis dan terjemahan, ibu cerita amalan anaknya[/bg_collapse]
Berusia 4 tahun, Adik Ini Sudah Menghafal Hadis Dan Terjemahannya Sekali. Semoga Menjadi Anak Yang Solehah Untuk Kedua Ibu Bapa Ya
Kisah viral video beberapa ketika lalu tentang seorang kanak-kanak perempuan membacakan hadis dan terjemahan Al-Quran dengan lancar meskipun baru berusia 4 tahun.
Berkongsi video tersebut di twitter, Hanisah berkata sepupunya iaitu Wan Adriana Arissa yang baru berusia 4 tahun belajar hadis dan terjemahan tersebut di Tadikan PASTI dekat Sibu, Sarawak.
My cute little cousin ni memang suka baca berulang kali something yang dia dah belajar so I asked her untuk baca hadis yang dia dah belajar…
Tapi tak mustahil kan? Sebab kanak-kanak ni jenis cepat belajar dan mudah menerima apa ilmu yang mereka dapat.
Lagipun Adriana ni jenis suka belajar, perkara itu dikongsikan sendiri ibu Adriana kepada Hanisah.
Umi dia kata since masuk tadika, setiap kali balik mesti dia baca ulang kali apa yang belajar haritu”
Ya Allah this is soooooo cuteeeeee jadi anak yang solehah yeee sayanggggg…
Sejak video adik Wan Adriana dimuatnaik ke twitter pada 18 Ogos sehingga kini telah memperoleh hampir 30k retweets dan likes.
Rata-rata netizen cair dengan kecomelan dan kepintaran Adriana yang baru berusia 4 tahun ini.
Tonton:
Berita Lain:
Lama tidak munculkan diri, Waheeda Wassini akhirnya buka mulut
Terkejut tahu pengantin perempuan dah tak dara, lelaki ini tuntut kos perkahwinan
Suami isteri belanja sakan wang RM200,000 masuk akaun sendiri, rupanya bank tersalah masuk