‘Baru lepas buat report polis pasal rider COD tukar barang aku dengan barang lain, ini courier yang buat taik dengan aku..’

Baru lepas buat report polis pasal kes barang hilang kat courier.

Kes rider COD tukar barang aku dengan barang lain.

Bukan 1 parcel, tapi 3 parcel. Jumlah kerugian RM372.

'Baru lepas buat report polis pasal rider COD tukar barang aku dengan barang lain, ini courier yang buat taik dengan aku..'

May be an image of text

Courier mana buat taik? SPX Express dari Shopee. Diorang bukak parcel aku elok-elok, rembat barang aku, tukar barang lain@ganti dengan parcel seller lain.

5hb aku dah dapat barang return. Parcel yang dapat kosong je, yang ada freegift yang aku bagi kat customer.

Harini 7hb, aku terima lagi 2 parcel return cod, yang best 1 parcel diorang tukar dengan parcel dari China, dan 1 lagi diorang koyak parcel aku pelan-pelan, rembat barang dalam parcel pastu lekatkan balik tracking pos tu.

Esok, aku ke hub spx yang terima barang return aku. Benda ni aku akan fight sampai aku dapat balik duit aku.

Kalau tak boleh settle, aku panjangkan lagi kes ni nak report dekat SKMM dan tribunal pengguna pulak.

Fight sampai dapat!

BACA :

‘Saya tak kisah cikgu nak marah dia ke, nak pukul dia ke tapi bukan di muka atau kepala’
‘Sebulan si ayah pelik kenapa anak bini memanjang loya, susah nafas, rambut gugur, kerap mengantuk. Rupanya jiran buat benda ni’
‘Kesian budak-budak sekarang, ramai tak pergi sekolah kerana alasan seperti ini…’