Bas bawa pesakit Covid-19 rempuh plaza tol

Bas bawa pesakit Covid-19 rempuh plaza tol

Sebuah bas ekspres membawa pesakit COVID-19, terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, sebentar tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0.

Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan.

Keadaan bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.

Difahamkan, bas terbabit membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, dan berlepas jam 10 pagi tadi sebelum dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/790839/bas-ekspres-bawa-pesakit-covid-19-rempuh-plaza-tol

COMMENTS