Bekas kekasih tuntut ganti rugi sepanjang tempoh berkasih

Bekas kekasih tuntut ganti rugi sepanjang tempoh berkasih

Sebuah video di aplikasi sosial TikTok baru-baru ini menjadi tular susulan perkongsian seorang wanita yang mendedahkan bekas teman lelakinya menuntut semula wang berjumlah 4.8 juta rupiah (RM1,412) yang telah dibelanjakan sepanjang mereka bercinta, lapor laman Suara.com semalam.

Dalam video yang dimuat naik itu, wanita tersebut berkongsi perbualannya bersama lelaki tersebut.

“Oh jadi berapa ya jumlah perbelanjaan yang awak keluarkan sepanjang berpacaran dengan saya?” tanya wanita tersebut kepada bekas teman lelakinya itu.

BACA JUGA : Ditangkap melakukan hubungan seks dalam ambulans, 2 petugas kesihatan dipecat

Lelaki itu kemudiannya membalas dengan menyenaraikan pelbagai jenis perbelanjaan yang telah diberikan sepanjang mereka bercinta meliputi belanja makan, minyak kereta dan kos parkir yang secara keseluruhannya berjumlah 4.8 juta rupiah (RM1,412).

“Itu sahaja yang saya minta supaya diganti, bakinya saya ikhlaskan,” demikian balas lelaki itu.

Wanita itu kemudian membayarnya dalam bentuk ansuran sebanyak dua kali. Ansuran pertama berjumlah 3.9 juta rupiah (RM1,147), manakala ansuran kedua dibayar dalam jumlah yang lebih.

“Semalam saya sudah memasukkan 3.9 juta rupiah (RM1,147) bukan? Bakinya satu juta lagi namun saya memasukkan wang berjumlah 1.8 juta rupiah (RM529) lagi. Bakinya awak ambil, sudah selesai ya,” kata wanita tersebut.

Video tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen yang berharap agar dijauhkan daripada mendapat teman lelaki sebegitu.

“Ya Tuhan, jauhkan saya daripada lelaki sebegini,” tulis seorang netizen.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/21/bekas-kekasih-minta-rm1400-ganti-rugi-sepanjang-berpacaran/

COMMENTS