Bekas Ketua Polis Perak meninggal dunia

Bekas Ketua Polis Perak meninggal dunia

Bekas Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, 65, meninggal dunia pada tengah hari Ahad di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, Allahyarham yang juga bekas Ketua Polis Perak meninggal dunia akibat Covid-19.

“Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale, Seremban,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, status kematian Allahyarham turut dimuat naik anaknya, Dr Mohd Hafiz di aplikasi Facebook.

“Innalillahiwainnailaihirojiun.. Assalamualaikum semua. Dukacita dimaklumkan ayahanda saya Osman bin Salleh telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.51 tengah hari tadi (Ahad) di Hospital Tunku Ja’afar, Seremban.

“Jenazah abah InsyaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Ainsdale, Labu, Negeri Sembilan sekitar jam 4 atau 5 petang ini.

“Mohon sama-sama doakan ALLAH memberi keampunan dan rahmat kepada arwah abah saya,” katanya.

Sinar Harian difahamkan pangkat terakhir Allahyarham dalam perkhidmatan polis ialah Komisioner Polis (CP) dan bersara pada 13 Februari 2016.

COMMENTS