Bekas MB Johor diserang angin ahmar

Bekas MB Johor diserang angin ahmar

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sedang dirawat di hospital susulan serangan angin ahmar yang dialaminya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu dilapor dikejarkan ke hospital selepas mengalami mengalami sesak nafas dan difahamkan sedang menerima rawatan di Hospital Pakat KPJ Johor di Jalan Abdul Samad awal hari ini.

Anaknya, Nornekman Osman mengesahkan bapanya tersebut diserang anging ahmar dan sudah diberikan rawatan, menurut laporan sebuah portal.

BACA JUGA : Siti Saleha sahkan telah failkan penceraian

“Tolong doakan kesembuhan beliau,” kata anaknya itu.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md Nasir juga mengesahkan Osman kini sedang menerima rawatan selepas diserang penyakit tersebut.

Osman merupakan MB Johor ke-16 dan pertama dari Bersatu selepas kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Beliau kemudiaannya meletak jawatan pada April 2019.

Sumber : https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bekas-mb-johor-diserang-angin-ahmar-sedang-dirawat/

COMMENTS