Bekas pegawai dedahkan siapa TPM II, sungguh tak sangka

Bekas pegawai dedahkan siapa TPM II, sungguh tak sangka. Perpisahan bukan pengakhiran?

Hari ini merupakan hari pertama barisan kabinet Menteri daripada Kerajaan Perpaduan melaporkan diri di pejabat Kementerian masing-masing sepertimana ditugaskan.

Hari terakhir juga saya bertemu dengan mentor saya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof ketika beliau hadir singgah sebentar di pejabat lamanya (Kementerian Kerja Raya) siang tadi bagi Majlis

Serah Tugas kepada Menteri yang baru.

Sekadar untuk simpanan disini;
1. Terima kasih Dato’ Sri, atas segala tunjuk ajar, ruang serta pengalaman, dan tentunya qudwah yang sangat menyenangkan yang telah ditunjukkan sepanjang ditempatkan dibawah beliau.

Bekas pegawai dedahkan siapa TPM II, sungguh tak sangka

2. Terima kasih juga, kerana tidak ‘mendidik’ atau membiasakan saya untuk ‘membontoti’ atau mengiringi Menteri tetapi tidak belajar apa-apa, atau jika tak ada manfaat daripadanya.

Diterapkan dengan budaya untuk tidak mengikut atau sekadar mengiringi beliau tanpa arah tuju, he once said before that my potential doesn’t worth to just follow or wait for him. Hence, he asked me to go somewhere else to learn and develop something new from there.

Memang boleh dikira dengan jari, hanya beberapa kali sahaja saya mengikuti beliau dalam agenda berupa majlis perasmian, program rasmi kerajaan, dan sebagainya. Sangat-sangat jarang. Mesyuarat pun masuk hanya jika tidaklah begitu PnC. First [1], he valued our potential.

Mesyuarat beliau juga kebiasaannya tidak meleret atau tergantung, tetapi ringkas dan padat. Saya hanya sering mendengar mengenai mesyuarat yang berkesan daripada Tan Sri Datuk Dr. Daud Bakar, tetapi akhirnya saya melihat sendiri bagaimana YB Dato’ Sri Fadillah mengendalikan mesyuarat. And second [2], he valued our time, not to be wasted on the unnecessary things.

3. Terima kasih kerana telah memudahcara setiap keinginan dan cita-cita saya untuk belajar lebih banyak dan lebih mendalam mengenai hal-hal yang terkait dengan kementerian/ kerajaan.
Been a while I really wanted to learn about road and highways development, traffic congestion, construction policies, etc. Akhirnya saya dapat belajar daripada orang-orang yang paling tepat.

4. Akan merindui juga panggilan suara beliau mengajak pegawai-pegawainya untuk menunaikan solat berjemaah di surau apabila azan berkumandang, serta untuk makan tengahari bersama ketika beliau ada di pejabat.

Mungkin kedengaran biasa sahaja, tapi saya perhatikan keperibadian dan ketenangan beliau mungkin disebabkan solatnya yang terjaga. Kita pun ikut terasa merendah diri dan segan dengan keperibadian beliau.

5. Di setiap agensi kementerian yang saya pergi, hampir semua orang menyebut yang baik-baik sahaja mengenai beliau. Kerjanya lebih, cakapnya kurang.

Setiap momen bersama beliau seringkali terasa seperti yang paling menyentuh hati, kerana tanpa sedar beliau lah majikan paling lama saya bersama dibawahnya berbanding majikan-majikan saya yang sebelumnya.

Terima kasih Dato’ Sri, kerana banyak mengajar saya nilai menjadi sederhana dalam banyak hal. Tumpang bangga dan gembira apabila yang selayaknya diberikan peluang.

Doa kita yang baik-baik sahaja untuk beliau, selamat maju jaya Dato’ Sri, sebagai Timbalan Perdana Menteri II serta Menteri Perladangan dan Komoditi.
Sampai ketemu lagi di lain waktu, InshaAllah.

BACA:

Berusia 190 tahun, kura-kura ini jadi haiwan paling tua di dunia masih hidup

Wanita Jerman nyanyi lagu melayu, netizen kagum apa suami dia dah buat

Ringgit terus catat kenaikan berbanding Dolar AS

+ posts