Bekas pengasas Bersatu sertai PKR

Bekas pengasas Bersatu sertai PKR

Bekas pengasas Bersatu sertai PKR. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menyertai PKR hari ini.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, pada Khamis.

“Saya mengalu-alukan penyertaan Rais Hussin ke dalam PKR,” katanya.

Anwar berkata, tidak ada sebarang perbincangan kemasukan Rais dalam PKR untuk menjadi calon.

Sementara itu Rais berkata, kehadirannya dalam PKR hanya sebagai ahli biasa dan bersedia untuk menyumbang pengalaman politiknya dalam PKR.

Bekas pengasas Bersatu sertai PKR

“Kita tahu segala statistik ekonomi keadaan kehidupan seharian amat getir dan kritikal, ringgit Malaysia menjunam, bagi pendapat saya kita kena tumpu kepada ekonomi dan kos sara hidup yang semakin tinggi harus diberi tumpuan,” jelasnya

Pada 7 Oktober lalu, Rais Hussin mengumumkan keluar daripada Bersatu.

Dalam pada itu Anwar turut mengumumkan kemasukan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bera, Mohamed Jidi Yaakob.

Mohamed Jidi sebelum ini pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Felda Triang dari tahun 1995 hingga 2018 dan merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Bera sehingga sekarang.

BACA:

Tak sangka sebenarnya Dayang Nurfaezah ada anak? Ini cerita sebenarnya

‘Hina sangatkah saya’, ini punca Harry Khalifah berkata begini

Anak bekas TPM nak `langgar’ Zahid Hamidi di Bagan Datuk