Bekas pengurus syarikat rakaman, Rohani Ismail meninggal dunia

Bekas pegawai perhubungan awam BMG Music, Rohani Ismail, meninggal dunia petang Selasa, selepas rebah ketika menghadiri majlis minum petang di sebuah hotel di ibu kota.
Allahyarham, 57 tahun, dikatakan mengadu tidak sihat sewaktu majlis berkenaan sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia semasa ambulans tiba.
Antara yang turut hadir dalam majlis berkenaan termasuk penyanyi Ziana Zain, serta rakan-rakan dari syarikat rakaman BMG.
Allahyarham merupakan seorang pegawai yang berpengalaman luas yang aktif sekitar tahun 1990-an.
Beliau adalah antara individu yang sangat disegani dan dihormati dalam kalangan wartawan hiburan era berkenaan.
Datuk Awie, Nourul Depp, Safura Yaacob, kumpulan Nico dan Ziana Zain sendiri, merupakan antara artis yang sangat rapat dengan Allahyarham.
Selepas berhenti dari syarikat rakaman BMG, Allahyarham menetap di Seremban bersama suami dan anak-anak.
Sementara itu, dimaklumkan bahawa jenazah telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses post-mortem.
Jenazah Allahyarham seterusnya dibawa ke Seremban, dan akan disembahyangkan pada jam 10 pagi Rabu.
Sumber:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-pengurus-syarikat-rakaman-rohani-ismail-meninggal-dunia-274347
[/expander_maker]

Baca Artikel Penuh