Belanjawan terbesar dalam sejarah membawa banyak kekecewaan

Belanjawan terbesar dalam sejarah membawa banyak kekecewaan

Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul yang diharapkan oleh rakyat dapat menyelamatkan negara dari sengsara ekonomi dan pandemik Covid 19 ternyata lebih banyak membawa kehampaan.

Belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara ini membawa banyak kekecewaan dari kerajaan yang menjanjikan pembelaan terhadap melayu Islam. Rakyat mengharapkan pemerkasaan institusi agama yang perlu pembelaan seperti seperti institusi tahfiz, sekolah agama dan sebagainya.

Peruntukan RM29 juta untuk pusat tahfiz dan sekolah pondok amatlah mengecewakan, apatah lagi ia datang dari kerajaan PN yang mengakui dirinya kerajaan membela Islam – Melayu. Ramai ahli agama berada dalam kerajaan.

Kerajaan tidak serius dalam agenda memperkasa dan memperbaiki institusi tahfiz, tindakan ini amat mengecewakan kerana banyak pusat tahfiz di Malaysia berada di dalam keadaan amat dhaif dan membahayakan nyawa pelajar pelajarnya.

Sebagai sebuah Kerajaan yang mendakwa pembela Islam sepatutnya lebih prihatin dan peka untuk peruntukan bagi penyelengaraan dan baik pulih bagi keselamatan. Banyak nyawa anak tahfiz telah terkorban dalam insiden insiden menyayat hati.

Di antara Tragedi yang menimpa pusat tahfiz adalah ;
– Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran, Dato Keramat yang meragut 23 nyawa,
– Pusat Tahfiz Quran Al Waddin , Pekan – kebakaran,
– Mahaad Tahfiz Lambor Kanan, Ipoh – kebakaran,
– Tahfiz Darul Ulum, Kedah – kebakaran,
– Rumah anak yatim al Taqwa, Hulu Langat – tanah runtuh.

Ini adalah sebahagian dari tragedi yang menimpa pusat tahfiz yang perlu bantuan peruntukan untuk keselamatan nyawa. Sebelum pada ini kerajaan Pakatan Harapan telah memberi RM100 juta untuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

Dari Rm100 juta tersebut, sekolah tahfiz sahaja menerima RM50 juta, sekolah agama rakyat menerima RM25 dan sekolah pondok RM25 juta dibandingkan dengan peruntukan Rm29 juta oleh kerajaan PN untuk keseluruhan institusi.

Lebih mengecewakan lagi kerajaan PN boleh memperuntukkan RM80 juta untuk JASA, satu badan propaganda politik kerajaan tapi hanya RM29 juta untuk sekolah agama. Kerajaan kelihatan lebih mementingkan menyelamatkan diri sendiri dari membela rakyat di bawah.

Anehnya kerajaan menyatakan alasan RM85 juta untuk JASA adalah untuk menyembarkan maklumat kepada rakyat. Dengan lebih dari 70 orang Menteri dan beribu ribu lagi pegawai pegawainya, diantara bilangan menteri dan penjawat awam paling ramai di dunia, adakahkah keperluan sebenarnya untuk khidmat bernilai RM80 juta dari JASA?

Rakyat kecewa dan membantah peruntukan yang terlalu rendah untuk institusi agama tersebut yang tidak serius untuk memartabatkan Islam seperti sepatutnya, terutamanya bagi kerajaan yang mengelar dirinya kerajaan Islam – Melayu.
Kalau dikaji perbelanjaan tertinggi Malaysia pernah dibentang, namun meremehkan peruntukan untuk sekolah tahfiz dan agama, ia tidak mencerminkan kesungguhan kerajaan PN memertabatkan instituisi instituisi ini.

Berbeza dengan peruntukan kerajaan Pakatan Harapan sebelum pada ini di mana ialah seperti berikut :
– Sekolah Kebangsaan – RM300 juta
– Sekolah Agama – RM50 juta
– Tahfiz – RM50 juta
– Sekolah Agama Rakyar persendirian – RM50 juta
– Mubaligh- RM50 juta
– Sekolah Agama Rakyat persendirian – RM25 juta
– Sekolah Cina – RM50 juta
– Sekolah India – RM50 juta
– MRSM- RM50 juta
– Sekolah Persendirian Cina – RM15 juta.

Di manakah roh sebenar kerajaan Islam – Melayu PN yang di katakan membela Islam?

Dengan peruntukan yang makin berkurangan ianya akan menjejas keperluan penyelengaraan yang sejarah telah menunjukkan akan menambah risiko keselamatan kebakaran, kematian dan keruntuhan sekaligus akan menjejaskan mutu dan perkembangan institusi-institusi ini.

Kami menuntut Kerajaan mengambil berat isu-isu ini dan kembalikan status mereka sekurang-kurangnya ke tahap sebelum pada ini semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Agenda agama Islam dan pendidikan perlu dimartabatkan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang selalu melaungkan keutamaan hal ini di bawah kerajaan Islam Melayu.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu

Sumber:

COMMENTS