Bella Dowanna dedah terima sindiran lucah, “Besarnya betik”

Bella Dowanna dedah terima sindiran lucah, “Besarnya betik” Gara-gara bentuk badannya berisi, pelakon Bella Dowanna mengakui pernah disindir atau menerima body shaming yang berbaur seksual sewaktu sedang bekerja.
Jelas Bella, dia menerima sindiran lucah mengenai tubuhnya oleh kru yang terlibat ketika berada di set penggambaran.

“Hal tersebut didengar oleh ibu saya sendiri ketika berada di set penggambaran. Ibu saya yang sampaikan kepada saya.

“Bila saya lalu depan mereka, mereka akan berkata, ‘besarnya betik’. Maksudnya apa? Apa yang mereka buat tu saya anggap sangat sangat jahat,” katanya kepada Gempak.

Bella ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Legenda Puteri Qaseh yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pemilik nama lengkap Qystinna Istajibilla Dowanna Halim menambah, sejak dahulu lagi dia sering terima sindiran-sindiran sedemikian, termasuk oleh rakan-rakan artis dan juga netizen.
“Memang kerap saya terima sindiran sedemikian, baik daripada netizen mahupun rakan-rakan artis.

Bella Dowanna dedah terima sindiran lucah, "Besarnya betik"

“Mungkinlah mereka buat macam tu sebab nak bergurau, tapi ia buatkan saya sakit hati. Memang kadang-kadang saya buat tak dengar je,” katanya lagi.

Bella menjelaskan, dia sebenarnya tidaklah terlalu mengambil hati dengan sindiran yang diberikan kerana menjadikan hal negatif itu sebagai satu sebab untuk menurunkan berat badan.
“Tapi saya masih muda lagi, saya hanya nak having fun. Kuruskan badan bukan keutamaan saya. Tapi tahun ini saya berazam untuk turunkan berat sedikit. Sebab saya nak target watak heroin dalam drama.
“Mungkin sebab bentuk fizikal saya ini menyebabkan saya tidak ditawarkan watak utama dalam drama,” tutup Bella.

Saksikan Bella yang memegang watak Laila menerusi Legenda Puteri Qaseh yang disiarkan pada malam ini pukul 9 malam di Astro Ceria.

Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini.

BACA:

Isu rumahtangga Syamsul Yusof, ini ‘warning’ Sajat

Awas! 4 produk ini ada jenama halal tapi ada unsur babi

+ posts