Berat pedang Umar 1.276 kg bukan 276.1 kg, ini buktinya.Pedang Umar: 276.1 kilogram atau 1.276 kg?
Ada agamawan mendakwa pedang Umar bin al-Khattab r.a. beratnya 276.1 kilogram. Rujukannya katalog Muzium Topkapi Turkey versi Bahasa Arab.
Saya sangat ragu dengan fakta aneh tersebut. Saya buat sedikit pencarian di internet, dan terjumpa keratan katalog dalam Bahasa Turkey, bahasa asal katalog tersebut.
Ternyata berat sebenarnya yang tertulis ialah 1,276 gram.
Bukannya 276.1 kilogram!!! Itu tidak logik.
Sebab itu, dengan sedikit akal dan logik yang Allah kurniakan, jangan semua yang kita baca kita terus percaya dan membodohkan orang yang tidak percaya.
(Maklumat tambahan: Tanda titik di negara Eropah adalah tanda koma untuk negara kita. Jadi, 1.276 gram dalam tulisan Bahasa Turkey maksudnya 1,276g dalam bahasa kita).
BACA:
Kilang coklat terkenal dan terbesar di dunia dicemari bakteria
Ini cara transfer duti E-Wallet masuk akaun bank
Dituduh upah orang culik anak sendiri, ini jawapan bekas suami Lufya