Berbulan cili kisar boleh tahan jika guna kaedah ini

Berbulan cili kisar boleh tahan jika guna kaedah ini

Berbulan cili kisar boleh tahan jika guna kaedah ini. Cili kisar merupakan bahan yang sangat diperlukan apabila ingin menyediakan hidangan berasaskan sambal. Selain membeli cili kisar segera di kedai, ada juga yang lebih gemar menghasilkan bahan ini sendiri menggunakan cili kering.

Namun, tidak ramai mengetahui cara untuk mengekalkannya sehingga tahan berbulan lamanya dan tidak berkulat putih. Justeru itu, mari lihat resepi cara membuat cili kisar yang boleh tahan berbulan seperti yang dikongsikan oleh Puan Mim Yusof.

Baca juga: Ahli Kimia Kongsi Tips Goreng Ikan, Elak Melekat Pada Kuali & Hasilnya ‘Juicy’!

CILI KISAR REBUS SENDIRI TAHAN BERBULAN

Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tahu kan? Tapi tak apa, nak share jugak lah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tahu kan.

Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan. Insha Allah, buat macam ini tahan lama, sebulan dua tak berkulat.

RESEPI CILI KISAR TAHAN BERBULAN

Berbulan cili kisar boleh tahan jika guna kaedah ini
BAHAN-BAHANNYA:

400gm cili kering.
3 labu bawang putih.
Air tapis.
CARA PENYEDIAANNYA:

SirapLimau
Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.
Langgan sekarang!
Nama
Alamat E-mel
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Daftar Sekarang
1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih sebelum dicuci bersih-bersih.

Rebus sampai empuk.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.

3. Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi cuma tos saja sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).

4. Biarkan sekejap agak-agak sejuk sedikit.

5. Kemudian kisar dengan menggunakan air tapis jangan guna air paip ye. Guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.

Insha Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba.

BACA:

Hubungan sulit isteri mangsa, belajar bom di youtube jadi fokus kes letupan

Isu hidung : “Mohon maaf atau merangkak cari saya di akhirat kelak”