Bergaya hidup menteri sekarang, naik jet peribadi

Bergaya hidup menteri sekarang, naik jet peribadi

Sekumpulan 34 ahli parlimen pembangkang bergabung mendesak kerajaan dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk menarik balik tetapan kuarantin tiga hari terhadap menteri yang pulang dari luar negara.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata mengatakan menteri seharusnya memberi teladan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak menjadi punca kepada kluster baru apabila berjumpa dengan rakyat tanpa mematuhi SOP.

“Kami juga menyeru kabinet PN mengadakan perbincangan segera dengan teliti dan mendalam dalam isu kuarantin bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, dan membuat keputusan yang adil dan sama-rata kepada semua pihak mengikut data saintifik, dan bukan untuk memudahkan gaya hidup Menteri.

“Wabak Covid-19 adalah soal hidup atau mati yang perlu ditangani dengan serius,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu juga menyorot bahawa peraturan terbaru itu menimbulkan kritikan serius daripada pelbagai pihak termasuk pakar penyakit berjangkit.

Antara nama yang disenaraikan dalam kenyataan itu ialah Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking, pengasas bersama Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Agung DAP Teresa Kok, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, dan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.

Dua hari yang lalu, Adham mengeluarkan perintah yang membolehkannya melonggarkan tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang dari luar negara daripada 10 hari kepada tiga hari.

Adham mengatakan peraturan itu mungkin akan diluaskan kepada ahli perniagaan dan orang awam pada masa akan datang.

Dia mempertahankan keputusan itu dengan berkata tempoh kuarantin 10 hari telah menghalang para pelabur untuk berkunjung ke negara ini, sehingga menjejaskan ekonomi.

“Ini bukan mengenai sains sepenuhnya. Ini mengenai bagaimana kita mengatur siapa yang akan pergi ke luar negeri.

“Di luar negeri mereka tidak harus kuarantin, tetapi ketika pulang (ke tanah air) mereka harus kuarantin. Ini tidak adil,” kata menteri kesihatan itu.

Senarai lengkap 34 ahli parlimen yang disenaraikan dalam kenyataan besama itu adalah seperti berikut:

1. Darell Leiking (Penampang)
2. Syed Saddiq (Muar)
3. Mohd Azis Jamman (Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (Segambut)
5. Yeo Bee Yin (Bakri)
6. Baru Bian (Selangau)
7. Rozman Isli (Labuan)
8. Salahuddin Ayub (Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud)
12. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
13. Khalid Samad (Shah Alam)
14. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Raub)
15. Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya)
16. Wong Shu Qi (Kluang)
17. Teresa Kok (Seputeh)
18. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
19. Dr Lee Boon Chye (Gopeng)
20. Kasthuriraani Patto (Batu Kawan)
21. P. Prabakaran (Batu)
22. M. Kulasegaran (Ipoh Barat)
23. Chong Chieng Jen (Stampin)
24. Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh)
25. Chan Foong Hin (Kota Kinabalu)
26. Steven Choong (Tebrau)
27. Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
28. Chan Ming Kai (Alor Setar)
29. Dr Azman Ismail (Kuala Kedah)
30. Thomas Su (Kampar)
31. Alice Lau (Lanang)
32. Sim Tze Tzin (Bayan Baru)
33. Christina Liew (Tawau)
34. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Merbok)

Sumber: Malaysiakini

COMMENTS