[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Berita baik, KWSP umum i-Lindung dan i-Sayang untuk rakyat Malaysia kwsp login i akaun kwsp i sinar kwsp kwsp i sinar kwsp online kwsp i akaun i citra kwsp isinar kwsp www kwsp gov my [/bg_collapse]
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membawa balik dana daripada pelaburan asingnya berjumlah RM22 bilion bagi menampung impak pengeluaran RM110 bilion di bawah skim pengeluaran COVID-19 dan pelaksanaan pengurangan kadar statutori, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, jumlah dana pelaburan asing itu membabitkan pelaburan beberapa tahun lalu dan ia masih belum mencapai tempoh matang untuk mendapatkan pulangan yang ditetapkan.
Katanya, pembiayaan pengeluaran RM110 bilion itu menyebabkan pengurus dana persaraan berkenaan mengurangkan penyertaannya dalam pasaran modal tempatan dan pada masa sama meminimumkan suntikan ke dalam pelaburan global pada 2021.
“Pembiayaan inisiatif pengeluaran COVID-19 memerlukan ‘penggantian’. Impak kepada pasaran domestik ialah pengurangan penyertaan sebanyak RM16 bilion kepada RM639 bilion pada 2021 berbanding RM655 bilion pada 2020,” katanya pada taklimat prestasi kewangan KWSP 2021 di sini, hari ini.
Amir Hamzah berkata, pengeluaran dibuat menerusi program i-Lestari membabitkan jumlah RM20.8 bilion;
i-Sinar sebanyak RM58.7 bilion dan i-Citra berjumlah RM21.4 bilion.
Beliau berkata, langkah mengurangkan kadar statutori sebanyak 11 peratus kepada 7.0 peratus pada April-Disember 2020 dan pengurangan statutori 11 peratus kepada 9.0 peratus Januari-Jun 2022 membabitkan kerugian atau kehilangan simpanan berjumlah RM9 bilion.
Katanya, pengeluaran berkaitan COVID-19 menolak ke belakang kemajuan pencapaian simpanan asas selama 10 tahun, yang mana pengeluaran awal akan menyaksikan lebih ramai ahli hidup dalam kemiskinan yang teruk semasa umur tua.
Amir Hamzah berkata, KWSP mengambil langkah membangunkan semula simpanan persaraan ahli dengan membina simpanan Akaun 1 ahli kembali ke paras pra-pandemik dengan 100 peratus sumbangan bulanan dimasukkan ke dalam Akaun 1 sehingga kembali pulih.
Beliau berkata, pihaknya juga menggalakkan ahli mengambil sumbangan yang lebih secara sukarela dengan sumbangan 100 peratus dan menggalakkan sumbangan tambahan RM60,000 setahun.
Sementara itu, Amir Hamzah berkata, KWSP akan memperkenalkan dua produk baharu tahun ini iaitu i-Lindung dan i-Sayang.
Beliau berkata, produk i-Lindung membolehkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan polisi penyakit kritikal, sementara i-Sayang pula ialah pemindahan sukarela membabitkan sumbangan dua peratus daripada akaun ahli kepada isteri.
Katanya, KWSP juga akan terus memberikan pengalaman terbaik kepada ahlinya dengan perkhidmatan rundingan percuma, program pendidikan kewangan percuma; menawarkan perkhidmatan menerusi pelbagai saluran serta hasil usaha dijalankan diperlihatkan menerusi Indeks Kepuasan Pelanggan dan Penarafan Keberkesanan.
Berita Lain:
BNM kongsi cara tukar wang kertas yang rosak dan koyak
Leona buat video rutin hidupnya seharian, lain pula yang netizen terpandang
Kerajaan wajibkan penjawat awam beli tiket motoGP, jualan tak dapat sambutan