Terkini :Bayaran RM500 wang tunai kepada pekerja kesihatan

Terkini :Bayaran RM500 wang tunai kepada pekerja kesihatan

Subsidi dan bantuan untuk petani, nelayan ditingkatkan

Elaun bulanan untuk nelayan akan meningkat sebanyak RM50 hingga RM300 tahun depan sementara RM400 juta akan dibelanjakan untuk faedah yang perlu dibayar oleh peneroka Felda

 

Caruman KWSP dikurangkan buat sementara waktu, pengeluaran Akaun 1 bersasar

 Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikurangkan kepada 9 peratus berbanding 11 peratus sebelum ini, bermula 1 Jan untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna.

KWSP juga akan membenarkan pengeluaran Akaun 1 secara bersasar sehingga RM6,000 dalam tempoh 12 bulan.

angkah itu sebelum ini turut dituntut oleh Umno. Pengeluaran boleh dibuat bermula 1 Januari.

 

Bayaran RM500 wang tunai kepada pekerja kesihatan, pelepasan cukai untuk kos kesihatan

Kerajaan akan memberikan wang tunai RM500 kepada 100,000 pekerja kesihatan sebagai tanda penghargaan.

RM3 bilion akan dibelanjakan untuk vaksin Covid-19.

Untuk mendorong orang ramai diberi vaksin untuk radang paru-paru, influenza dan Covid-19, pembayar cukai akan diberi pelepasan cukai sebanyak RM1,000.

Pelepasan cukai untuk penyakit serius telah dinaikkan sebanyak RM2,000 hingga RM8,000 dan pelepasan untuk pemeriksaan kesihatan telah meningkat dari RM500 menjadi RM1,000.

Pelepasan cukai untuk rawatan perubatan kerana keperluan khas atau digunakan untuk penjagaan orang tua telah dinaikkan sebanyak RM3,000 menjadi RM8,000.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/549710

COMMENTS