Berkumpul di lokasi kemalangan, akan didenda RM 1,129

Berkumpul di lokasi kemalangan, akan didenda RM 1,129

Pihak berkuasa di Abu Dhabi mengeluarkan notis pe­ringatan baharu yang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul di lokasi kemalangan.

Lapor Khaleej Times, den­da 1,000 dirham (RM1,129) akan dikenakan jika mereka berbuat demikian.

Jelas notis itu, tindakan berkumpul di sekitar lokasi kemalangan menghalang ken­deraan kecemasan seperti polis trafik dan ambulans.

BACA JUGA : Panas !! RM49.9 juta dirampas dari rumah bekas pegawai kerajaan terdahulu

Keputusan tersebut dibuat selepas polis Abu Dhabi berkongsi video di laman media sosial yang memaparkan pemandu kenderaan berkumpul di lokasi kemalangan membabitkan dua kereta.

Klip video itu menunjukkan orang ramai parkir kenderaan mereka dalam keadaan tidak teratur sehingga menghalang lalu lintas.

Rakaman itu juga memaparkan pejalan kaki di kawasan tersebut merakam gambar insiden kemalangan itu.

Polis menegaskan mana-mana individu yang merakam dan berkongsi video kemala­ngan juga akan dikenakan hukuman penjara dan didenda.

Hukuman itu merupakan kaedah menghalang orang ramai daripada terlibat dalam tingkah laku negatif itu.

Sumber : https://www.mekanika.com.my/berkumpul-di-lokasi-kemalangan-boleh-kena-denda-rm1129/?fbclid=IwAR3XO-0WiC-3eRBZ1u5UOlYpgGK3ztG2k7P53VoQxSgSZ5ekddbliXgwoNo

COMMENTS