Bom meletup di pusat pemeriksaan Covid-19

Bom meletup di pusat pemeriksaan Covid-19

Dua termasuk seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera dalam satu letupan bom di wilayah Mandalay Myanmar pada Isnin, menurut kenyataan Kementerian Penerangan.

Mangsa yang cedera termasuk dua orang awam, dua bomba dan beberapa anggota keselamatan, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

PUSAT pemeriksaan Covid-19 di bandar Aungmyaythazan selepas bom meletup. FOTO Agensi.

BACA JUGA : Warga emas digoda scammer sampai bogel

Menurut kenyataan itu, sebiji bom meletup di pusat pemeriksaan Covid-19 di bandar Aungmyaythazan pada Isnin pagi.

Mereka yang cedera dihantar ke hospital tentera untuk rawatan dan suspek sedang diburu.

Sumber : HM

COMMENTS