Bomba dalam keadaan berjaga, pintu kunci air Taman Sri Muda pecah!
Penduduk Taman Sri Muda di Shah Alam dilanda kebimbangan apabila ban berhampiran pintu kunci air di kawasan itu pecah mengakibatkan limpahan air di perumahan berhampiran.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.15 malam tadi dan menghantar pasukan untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, bomba bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun keadaan setakat ini adalah terkawal.
“Dilaporkan ban berhampiran pintu kunci air telah pecah mengakibatkan limpahan air berlaku dan dikhuatiri melimpah ke kawasan perumahan berhampiran.
“Pihak bomba telah bersiap sedia dengan bot aluminium, bot fiber dan kenderaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Katanya, kerja pembaikan sedang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Tonton:
Berita Lain:
Zizan dan Daiyan Trisha sedang bercinta, peminat restu hubungan..
Dulu isteri ustaz, kini Dr Erin dah berani tayang rambut
Baru nak masuk dewan jawab SPM, jatuh air mata pelajar tengok van jenazah sampai..