BSN MyHome/i : Cara mohon untuk Skim Pembiayaan Rumah Pertama. BSN MyHome-i skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan bagi membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah pertama mereka.
Ciri-Ciri Pembiayaan
Ciri-ciri pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Pembelian rumah kediaman pertama sahaja.
- Pembelian rumah untuk didiami sendiri.
- Pembelian hartanah sudah siap dan rumah dalam pembinaan.
- Nilai hartanah sehingga RM500,000.
- Pembiayaan ini mudah dimohon dan disediakan di semua Cawangan Utama BSN di seluruh negara.
Tempoh Pembiayaan
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah minimum 5 tahun dan maksimum 35 tahun atau berumur tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang dikenakan terhadap pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun hingga 60 tahun semasa memohon dan tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan
- Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap pemohon (perseorangan).
- Mempunyai bukti pendapatan yang sah.
- Permohonan perseorangan (individu) atau bersama (suami/isteri)
- Untuk pembelian hartanah kediaman pertama sahaja
- Tidak mempunyai rekod bayaran terjejas selama 12 bulan yang lalu
- Tidak diisytihar sebagai seorang yang muflis
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myhome-i-srp?lang=ms-MY&csrt=1280902548085818567.
- Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
- Pihak BSN akan menghubungi pemohon.
- Bawa dokumen yang diperlukan ke cawangan BSN yang berhampiran.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai BSN MyHome/i, sila layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myhome-i-srp.
BACA:
Jalin hubungan dengan bapa sendiri, kini sudah miliki 2 anak
Terkenal sebagai gerai nasi lemak anjing, rupanya ini kisah yang berlaku
Guru berhabis RM30,000 hasilkan kenderaan klasik ranggi ini, bahan asalnya buat ramai terkejut