Budak bayar pizza dengan syiling tular di media sosial

Budak bayar pizza dengan syiling tular di media sosial

Kisah seorang kanak-kanak yang memesan makanan secara online dan membayarnya dengan menggunakan wang syiling mendapat perhatian nitezen di laman sosial Twitter hari ini.

Kejadian tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter, @idealuzair yang menceritakan kembali kisah lucu dialami rakannya Faiz Rosman yang bekerja sebagai penghantar makanan menerima satu pesanan daripada seorang kanak-kanak.

Menerusi posting tersebut, lelaki itu berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp bersama rakannya yang bercerita mengenai detik-detik ketika menghantar pizza ke rumah kanak-kanak berkenaan.

Setelah sampai di lokasi penghantaran, Faiz berkata dia menerima sejumlah duit syiling dalam satu beg plastik sebagai pembayaran dan terus beredar tanpa sempat untuk mengira kerana dalam keadaan tergesa-gesa.

“Selepas menukar duit syiling berkenaan di sebuah pam petrol, dia menyedari bahawa kanak-kanak itu hanya membayar RM18 dimana jumlah sebenar adalah RM28.50.

“Sengaja mahu mengusik, Faiz bertanya semula kepada kanak-kanak itu melalui Whatsapp dengan memberitahu bahawa jumlah pembayaran sebelum ini tidak mencukupi selain bergurau ingin membuat laporan polis dan meminta nombor telefon bapa kanak-kanak tersebut,” jelas ciapan tersebut.

Risau dengan keadaan itu, kanak-kanak tersebut meminta penghantar makanan berkenaan datang kembali ke rumahnya dan berjanji akan membayar semua baki sebanyak RM15 lagi.

Bagaimanapun, Faiz menghalalkan baki tersebut dan menyifatkan itu adalah rezeki kanak-kanak berkenaan yang telah lama teringin untuk menikmati pizza

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/12/04/budak-bayar-pizza-dengan-syiling-tular-di-media-sosial/

COMMENTS