‘Bulan pertama lepas nikah, aku dapat bonus tapi pelik baki tinggal RM 1.07 je. Jawapan suami buat aku sentap’

‘Worth It’ Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku dah bernikah selama hampir 15 tahun. Selama itu lah jugak aku hidup dalam kepura puraan demi menjaga banyak perasaan.

Dek kerana aku kesian dan sayangkan suami pada awal perkahwinan, maka kami decided not give dowry untuk aku.

'Bulan pertama lepas nikah, aku dapat bonus tapi pelik baki tinggal RM 1.07 je. Jawapan suami buat aku sentap'

Cukup hanya mahar sebanyak seribu dan hanya aku dan suami sahaja tahu hal ni.

Suami aku berpewatakan Islamik dan lembut tutur kata. Seorang yang memenuhi sifat lelaki idaman aku. Dia baik sangat pada awal perkenalan.

Sehingga lah bulan pertama aku menikah, kami memang share username password internet banking sejak bertunang. Nak terapkan nilai percaya antara satu sama lain.

Sehingga lah bulan pertama menikah, waktu itu aku dapat bonus. Drah aku rasa beku kejap bila tengok akaun bank aku tinggal RM1.07

First orang yang aku inform adalah dia. Namun dengan pelahan dia kata dia terpaksa pinjam sebab nak bayar hutang ceti. Aku? Terpesona mendengar! Clap my hand.

Yang lalu biar berlalu. Aku mengandung bunting pelamin. Gaji aku lagi besar dari dia maka oleh kerana kebijaksanaan dia, maka gaji dia telah ‘dipegang’ oleh ceti setiap bulan.

Maknanya dia tak bergaji penuh setelah hutang ditolak. Entahlah, katanya dia pinjam sebab nak kawen tapi sebenarnya yang banyak kuar duit, aku!

Since then aku dah tak mengharap apa apa dari dia melainkan nafkah batin yang … yelah baru kawin kan. Baju ke makan minum ke memang all on my shoulder.

Namun sikap buruk dia (amik duit aku tanpa rela) tak stop. Dari keje gomen sampai ke tak keje tetap sama. Aku tukar password ke apa, bijaksana laki aku ni takleh nak sangkal.

Dia penah hilangkan diri selama 14 hari. Serious weh hilang. Masa tu aku dah ada anak dua dan anak aku yang kecik tu masih kecil.

Sepanjang kehilangan dia tu, aku menggagau cari. Ke sana sini aku pergi minta buat solat hajat.

Aku bawak anak aku kesana sini. Memang aku tak lepas anak aku. Aku kata kalau mti biar bertiga.

Paling best sepanjang kehilangan dia tu, aku tak sikit pun dapat sokongan dari family dia, apatah lagi dapat semangat.

Fuhhhh hanya aku, anak anak dan family aku je terus sokong aku untuk teruskan hidup. Kendatipun begitu, dia tetap dalam doa aku di setiap sujud.

Sehinggalah bila aku cek akaun aku, aku nampak dia withdraw RM3000. Weh serious ahh, aku boleh kata, takpe, maknanya dia selamat dan masih hidup.

Belum kira aku ke sana sini ikhtiar buat solat hajat semua.

Aku kata tak pe, nanti Allah ganti. Janji laki aku selamat. Namun naluri aku kuat kata, dia tak de perempuan lain.

Satu waktu asar, aku solat dan baca quran. Masa ni aku dah pasrah dan aku minta pada Allah, Ya Allah jika bukan dia Kau ciptakan untukku, maka ambila lah dia dari hati aku.

Tapi jika ya, kembalikan dia dalam keadaan selamat.

Tinggg! Message masuk. Dari dia! Katanya dia nak balik dan minta maaf. Tapi mintak aku masukkan duit untuk tambang dia balik. Aku senyum lega. Zassss terus aku masukkan RM300 kat dia.

To cut it short, perangai dia (ambil duit aku tanpa aku tahu) terus terus berulang dan aku juga mengulangi untuk memaafkan dia sehingga bulan lalu last sh0t dia buat.

Dan kali ni lagi best sebab dia involve dalam trading. Konon dia kata nak gandakan duit maka sekali dengan duit icitra aku 5k hangus dijilat api neraka. Huhuhuhu

Kerana itu sekarang ni aku menanggung hutang untuk cover balik loss dari trading dia. Aku tak salahkan dia trade segala mak ayah dia tapi yang aku kesal, dia tak consult aku dalam apa pun tindakan bangang dia.

Dan kebangangan dia tu tak hanya melibatkan dia sorang tapi aku dan anak anak menjadi mangsa keadaan.

Lastly malam tadi aku nangis bersangatan sebab aku recall balik apa dia dah aniaya aku sebagai isteri selama hampir 15 tahun kawen.

Namun aku tak mampu untuk mendoakan agar dia ditimpa musibah kerana aku tahu Allah sedang menanti untuk mengabulkan doa isteri yang teraniaya.

Aku tetap mendoakan dia dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan azab.

Aku dah nekad kali ni aku akan bawa anak anak aku ke satu negara yang takde sapa pun tahu demi pelajaran anak anak aku dan aku tak mau anak aku menyaksikan ke’useless’an ayah dia berterusan.

Aku bukan nak buka aib dia since aku tak reveal nama dia tapi reasons of me sharing adalah, wahai wanita, make yourselves worthful before letting men put you worthless.

BACA :

‘Kepada peniaga ayam segar, kalau customer beli ayam tu beri lah semua bahagian yang dia beli tu’
‘Isteri mengidam bau ex, tiap hari dia minta.. Bila jumpa ex nya, aku rasa pelik’
‘Dia nak jual rumah yang dia sewa, memang wujud ye manusia-manusia bersifat Isr@el ni’