Cairkan kahak, sembuhkan batuk dengan amal 6 jenis makanan ini

Cairkan kahak, sembuhkan batuk dengan amal 6 jenis makanan ini. Seksa betul bila batuk kan? Tambah lagi jika batuk berkahak, susah tidur malam dibuatnya.

Kalau kita orang dewasa boleh tahan lagi sebab boleh keluarkan sendiri kahak tu.

Tapi lain pula buat anak-anak kecil, pasti sukar untuk mereka mengeluarkan kahak itu.

Oleh itu, ibu ayah perlu memainkan peranan untuk membantu anak mereka dari segi pemakanan yang boleh menyebabkan batuk menjadi semakin teruk.

Jenis makanan dan minuman yang cairkan kahak
Seorang pengguna Facebook, Mazlina Mazlan ada berkongsikan 6 jenis makanan dan minuman yang boleh menjadi ejen pencair kahak.

Jom baca perkongsiaannya di bawah.

Cairkan kahak, sembuhkan batuk dengan amal 6 jenis makanan ini

“Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau. Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.

“Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.

“Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.”

“Makanan, bukan ubat.

“Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.”

1. OMEGA 3
Kandungan omega 3 dapat mengurangkan radang dalam badan anak.

2. BAWANG
Allium dalam bebawang berfungsi sebagai antiradang yang boleh mengurangkan penghasilan kahak.

3. SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau kaya dengan fiber. Ia boleh membantu mencairkan kahak.

4. AIR KELAPA
Air kelapa merupakan minuman wajib diamalkan semasa anak batuk. Ia dapat membantu kahak mencair dengan cepat.

5. CAPSICUM
Capsicum mempunyai unsur kimia capsaicin yang membantu mengurangkan kahak.

6. MAKANAN ANTIRADANG
Makanan bersup merupakan makanan utama ketika anak tidak sihat. Masukkan semua bahan antiradang ke dalam sup seperti halia, bebawang dan kunyit.

BACA:

Pengambilan besar-besaran TLDM 2023

Rupanya paling eksklusif di dunia, Buggati Chiron TMJ jadi perhatian

+ posts