Cara mohon Biasiswa API-MDC 2022 untuk untuk peringkat ijazah
Cara mohon Biasiswa API-MDC 2022 untuk untuk peringkat ijazah. Cara, mohon, Biasiswa, API-MDC, 2022, untuk, peringkat, ijazah, biasiswa jpa, biasiswa, jpa biasiswa, biasiswa mara, biasiswa jpa 2021, biasiswa 2021, biasiswa kerajaan negeri sabah, biasiswa mara 2017,
biasiswa mara 2021, biasiswa kpm,
Panggilan buat pelajar pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM)! API MDC Group of Companies kini mempelawa pelajar USM yang sedang mengikuti pengajian dalam semua program mohon tajaan program biasiswa API MDC yang ditawarkan.
Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2022, jangan terlambat!
Pelajar yang berminat boleh hantarkan permohonan secara atas talian melalui borang permohonan yang disediakan ke alamat email yang dinyatakan. Pastikan borang permohonan yang dihantar lengkap diisi dan disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program biasiswa yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.
MAKLUMAT BIASISWA
Nama biasiswa: Program Biasiswa API-MDC
Nama penaja: API-MDC Group of Companies
Jenis program pengajian: Semua program pengajian boleh mohon
Jumlah biasiswa: RM6,000 setahun
Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2022
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Warganegara Malaysia
Pelajar sepenuh masa mengikuti pengajian Bachelor Degree di Universiti Sains Malaysia (semua kampus) dan dalam pengajian tahun kedua
Pencapaian akademik pengajian tahun pertama minimum CGPA 3.00 dan ke atas
Aktif dalam penglibatan aktiviti extra-curricular
Semua jenis program pengajian boleh mohon
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan program biasiswa yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan dengan menghantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat email yang dinyatakan. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah:
Semua permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya 31 Mac 2022 ke alamat email berikut: [email protected]