Catat sejarah, RXZ pertama ‘start’ motor pakai ‘finger print’ di dunia

Catat sejarah, RXZ pertama ‘start’ motor pakai ‘finger print’ di dunia rxz catalyzer rxz mili yamaha rxz motor rxz

 

Video RXZ pertama di dunia “Start’ motor pakai “finger print”. Pasti ramai diantara kita yang pernah mempunyai pengalaman tertinggal kunci pada motosikal mahu pun kehilangan motosikal.

Perkara itu semestinya akan membuatkan fikiran kita menjadi tidak tentu arah.

Catat sejarah, RXZ pertama 'start' motor pakai 'finger print' di dunia rxz catalyzer rxz mili yamaha rxz motor rxz

Manakan tidak, motosikal yang disayangi tu bukanlah murah. Tambah-tambah lagi kalau motosikal tersebut jenis Yamaha RXZ yang telah dianggap sebagai motosikal ‘kayangan’ kerana harganya yang kini mencecah puluhan ribu ringgit.

Untuk memastikan bahawa motosikal itu tidak dapat dicuri, pastinya pemilik motosikal ‘kayangan’ tersebut akan memikirkan pelbagai cara bagi melindungi motosikal kesayangan itu.

Bagi seorang pemilik motosikal Yamaha RXZ ini, cara dia melindungi motosikalnya itu agak lain daripada yang lain.

Dalam satu video tular yang dimuat naik oleh akaun bernama TOKAN Helmet ini, seorang lelaki telah membuat sedikit modifikasi terhadap motor kesayangannya itu.

Video tersebut memaparkan motosikal seorang lelaki yang dipercayai mekanik mengubah suai bahagian kunci utama motosikalnya dengan menggunakan teknologi imbasan jari.

Menurut pemilik motosikal tersebut, hanya cap jari yang telah ditetapkan sahaja yang mampu untuk menghidupkan dan mematikan motosikal berkenaan.

Pengesan cap jari tersebut akan mengeluarkan lampu berwarna merah sekiranya cap jari yang tidak ditetapkan diletakkan pada pengesan itu.

Jika cap jari yang sepadan dengan sistem yang telah ditetapkan, lampu akan menyala dengan warna biru seterusnya barulah motosikal dapat dihidupkan.

Video modifikasi unik tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 190 ribu kali.

Tonton:

Berita Lain:

Keranda tiba-tiba terbang, penduduk mula panik

Video gadis hilang kawalan main buaian atas gunung buat netizen cemas

Anak Shuib tak kekok keluar minum bersama Wan Sharmila, sekali Shuib bersuara

COMMENTS

Wordpress (0)