Cebisan mayat rakyat Afghanistan pada roda pesawat AS

Cebisan mayat rakyat Afghanistan pada roda pesawat AS

Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat manusia terlekat pada roda pesawat tentera C-17 yang berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lepas, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Menurut kenyataan tersebut, cebisan mayat itu dipercayai milik penduduk Afghanistan yang bertindak nekad berpaut pada pesawat kerana terdesak untuk meninggalkan negara itu selepas Taliban mengumumkan pengambilalihan kuasa pada hujung minggu lalu.

“Pesawat C-17 berlepas dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan situasi yang tidak terkawal di lapangan terbang Kabul pada ketika itu.

BACA JUGA : Krisis Afghanistan, dua rakyat Malaysia masih berada disana

“Ribuan penduduk bertindak berpaut pada roda dan sayap pesawat ketika berlepas, malah ada yang melayang jatuh ke bawah sebaik kapal terbangan naik ke udara,” tulis kenyataan itu.

Pada Isnin lepas, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai itu terpaksa ditangguhkan selama berjam-jam apabila rakyat Afghanistan menyerbu landasan dan berusaha bermati-matian untuk masuk ke dalam pesawat.

Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar 15,000 penduduk Afghanistan dari landasan pesawat, demikian menurut seorang pegawai AS.

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan memeriksa pesawat berkenaan sebelum membersihkan cebisan mayat yang terlekat sebelum memberi pelepasan untuk kembali beroperasi.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/18/cebisan-mayat-terlekat-pada-roda-pesawat-tentera-as/

COMMENTS