Cuaca panas punca kulit jadi kering & gatal, ini tips untuk legakan kerengsaan.
Bila sebut tentang kulit kering dan kegatalan, antara bahan yang diuji oleh para dermatologi dalam melegakan masalah kulit ini semestinya oat betul tak?
Kenapa oat? Haa, pasti ramai antara kita pernah persoalkan adakah ia betul mampu untuk merawat dan melegakan atau ianya sekadar mitos. Kalau anda nak tahu kesahihan tentang keberkesanan oat pada kulit, jom kami kongsikan!
Kulit Lebih Lembut & Terhidrat, Oat Diyakini Para Dermatologi
Untuk pengetahuan, terdapat banyak kajian dilakukan mengenai keberkesanan oat dan telah diuji oleh para dermatologi mampu untuk melegakan kegatalan dan kerengsaan pada kulit, dalam masa yang sama mampu untuk melembapkan kulit tau!
Rata-rata kajian mendapati bahawa oat adalah salah satu bahan yang mengandungi banyak kebaikan untuk kulit, antaranya;
1. Melindungi Skin Barrier
Disebabkan kandungan antioksidannya yang tinggi, oat dapat membantu untuk melindungi skin barrier daripada tekanan oksidatif.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin E, avenanthramides, asid ferulik dan antioksidan yang cukup untuk melindungi kulit.
2. Melegakan Kerengsaan.
Kalau anda mempunyai masalah kegatalan, alahan dan ruam, jangan risau sebab dengan oat, ia mampu untuk mengurangkan dan melegakan kegatalan!
Menariknya, ia telah terbukti dapat mengurangkan mediator radang pada kulit, memberikan peningkatan klinikal yang ketara dalam kekeringan kulit, kekasaran, dan kegatalan.
3. Mengurangkan Kekeringan.
Disebabkan oat ini mengandungi kepekatan kanji yang tinggi serta beta-glukan, ia dapat membantu melembapkan kulit hasil daripada keupayaan untuk menarik lembapan dari persekitaran untuk meresap ke dalam kulit.
4. Menenangkan Ekzema dan Psoriasis.
Untuk anda yang mengalami masalah ekzema dan psoriasis, kini anda tak perlu risau lagi sebab oat dapat membantu melegakan kulit yang kering, gatal dan radang, dalam masa sama dapat mengekalkan kelembapan kulit tau.
BACA :