Curi bedak Guru tadika dipenjara 10 hari

Curi bedak Guru tadika dipenjara 10 hari

Akibat mencuri satu bedak muka di kedai produk kesihatan dan kecantikan pada Jumaat lalu, seorang guru tadika dipenjara 10 hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim memerintahkan SK Yoges, 37, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 27 November lalu, selain turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat minggu lagi, sekiranya dia gagal membayar denda.

Yoges mengaku bersalah mencuri satu bedak padat muka jenama Revlon bernilai RM60.70 milik Watson’s Personal Care Stores Sdn Bhd di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini, pada 8.35 malam.

Pertuduhan ke atas wanita itu dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda manakala bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah dipenjara dan boleh dikenakan denda serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohamad Farid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh, namun Yoges yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung keluarga

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/760481/guru-tadika-dipenjara-10-hari-denda-rm1500-curi-bedak

COMMENTS