Dah menang AJL36, ini fakta menarik tentang SOG yang ramai tak tahu

Dah menang AJL36, ini fakta menarik tentang SOG yang ramai tak tahu

” Kami tak tumpukan kepada kemenangan atau apa-apa anugerah kerana kami berkarya untuk jiwa. Jadi, apabila kami diumumkan sebagai pemenang, ia umpama satu angan yang menjadi nyata,”

Demikian kata-kata vokalis kumpulan SOG, Raja Nazrin Shah selepas ramai tidak tidak menjangkakan kemenangan lagu Pelukan Angkasa di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) malam kelmarin.

Dah menang AJL36, ini fakta menarik tentang SOG yang ramai tak tahu

SOG yang berkolaborasi dengan penyanyi Shila Amzah bergelar juara lantas membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

” Lagu ini memang dah ada dalam senarai perancangan kami untuk projek album pada 2018. Kebetulan pada ketika itu, kami disapa penerbit filem KL Vampires dan dilamar untuk menghasilkan lagu OST (runut bunyi) untuk filem itu.

” Jadi, lagu Pelukan Angkasa ini kami dedikasikan juga sebagai lagu OST untuk filem itu dan kami jemput Kak Faz (Fazleena) untuk menulis lirik,” kata Nazrin yang juga penyanyi dan pemain gitar SOG.

Kepada yang kurang mengenali SOG, mereka sebenarnya sudah aktif berkarya sejak 2013. Malah, mereka sudah memiliki empat album.

” Hampir 20 tahun beraksi dan berkarya, kami sebenarnya sudah ada empat album. Sejak 2013 lagi, kami hasilkan album yang memiliki kesinambungan dan kaitan antara satu album dengan album seterusnya.

” Siapa sangka, angan-angan kami sebelum ini kini menjadi kenyataan. Pernah juga kami berangan, memasukkan laungan ‘AJL!’ ketika kami menjalani proses latihan.

” Itu cerita sebelum lagu ini tercalon dalam mana-mana pencalonan memandangkan kami tak pernah hantar lagu-lagu ini ke mana-mana,” katanya.

Siapa SOG

Kebanyakannya bertanya siapakah Sekumpulan Orang Gila (SOG) sedangkan kumpulan itu sebenarnya sudah hampir 17 tahun dalam industri seni tempatan dan cukup berpengalaman dalam dunia seni.

Ditanya sama ada mereka berkecil hati kerana masih belum cukup dikenali sehingga kini, pemain dram SOG, Nazmin berkata, mereka tidak kisah mengenai perkara itu kerana mempunyai prinsip yang tersendiri.

” Memang tidak kisah kerana ini adalah jalan yang dipilih untuk memperjuangkan nilai seni kami sendiri tanpa perlu tunduk kepada kehendak komersial.

” Ada yang komen macam-macam apabila mendengar cara vokalis kami menjerit.

” Namun kami hormati pendapat masing-masing, mungkin mereka tidak biasa. Elemen jeritan itu adalah ekspresi berbeza dalam menyampaikan sesebuah lagu.

” Selain persediaan final AJL36, kami tidak sabar menunggu sempadan dibuka untuk melakukan persembahan jelajah dalam dan luar negara.

” Sepatutnya kami buat jelajah di seluruh Asia dan beberapa negara Eropah serta Amerika bagi mempromosikan album terbaharu namun C0VlD-I9 melanda.

” Kali ini memang kami sasarkan pasaran antarabangsa,” katanya.

Selain Nazmin, SOG turut dianggotai lima lagi anggota lain iaitu Raja Nazrin Shah (vokalis dan gitar), Amsyar (gitar), Qayyum (bass), Riko Agus (vokalis) dan MK Ridzuan (seruling).

Terbaharu, mereka muncul dengan dengan album ketiga yang dihasilkan di Perancis.

Menurut Nazrin, mereka memilih Alias Studio yang bertaraf antarabangsa untuk menghasilkan album Second Voyage bagi mendapatkan kualiti rakaman terbaik buat peminat mereka.

” Selama sebulan di Paris, kami berjaya merakamkan sebanyak 10 buah lagu. Pengalaman di sana sungguh berbeza, dari segi peralatan rakaman yang ‘high-end’, etika kerja yang hebat dan kemahiran penerbitan.

” Kami amat berpuas hati dengan hasilnya yang mungkin susah untuk dapat di studio rakaman tempatan.

” SOG pernah berkongsi pentas dengan kumpulan rock terkenal Perancis, Chunk! No, Captain Chunk! yang juga merupakan pemilik studio rakaman tersebut dan mereka suka dengan apa yang kami bawakan lalu menawar untuk bekerjasama dengan mereka.

” Bukan senang mendapat peluang dan pengiktirafan pemuzik antarabangsa,” ujarnya.

10 Fakta menarik mengenai kumpulan SOG

1) Sekumpulan Orang Gila (SOG) adalah sebuah kumpulan muzik bebas (independent) tempatan daripada Batu Caves, Selangor.

Mereka memilih untuk membawa rentak Post-Hardcore sebagai konsep utama untuk penghasilan melodi lagu mereka. SOG dibarisi 6 anak muda – Riko, Amsyar, Nazrin, Nazmin, Qayyum dan MK Ridzuan.

2) SOG bermula pada pertengahan tahun 2005 di mana mereka hanya terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Nazmin, Nazrin, dan Razali yang pada masa itu benar-benar bersemangat untuk membentuk sebuah band.

Lalu mereka memutuskan untuk membentuk sebuah band rock dengan nama ‘Sound Of Genocide’. Dan mereka menjadikan System Of A Down sebagai influence terbesar mereka pada waktu itu.

3) Mereka mula bermain dengan lebih serius ketika awal tahun 2008 dan ketika itu jugalah Mel, Sam dan Acap turut menyertai untuk memantapkan lagi band ini.

Setelah berbincang sesama mereka, mereka telah bersetuju untuk menukar nama demi kebaikan sendiri untuk terus berkarya dengan lebih bebas.

Tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mengekalkan akronim ‘SOG’, maka terbentuklah ‘Sekumpulan Orang Gila’ hasil idea daripada Nazmin.

4) Civilization Is On Trial (2013), album ini telah meledakkan nama Sekumpulan Orang Gila sebagai sebuah kumpulan post-hardcore yang terkenal di Malaysia. Album ini telah memuatkan 8 buah lagu, 2 lagu instrumental, 4 lagu bahasa Inggeris, dan 2 lagu bahasa Melayu.

Sebuah lagu di dalam album ini berjudul Satu Melayu telah menjadi perhatian pengkritik muzik tanah air. Tetapi kerana lagu ini jugalah nama mereka mula diketahui ramai.

5) Selepas hampir 10 tahun ditubuhkan dan semakin dikenali dalam kalangan peminat dan penggiat muzik tanah air, SOG tampil dengan album penuh sulung yang berjudul ‘Bahtera’.

6) SOG mengetengahkan kepelbagaian dalam album ini termasuklah mencampur aduk bunyian muzik metal bersama muzik tradisional Melayu, hinggakan disebut ramai sebagai ‘Nusantara-Core’.

Sebaliknya ia diadun dan digubah dengan pelbagai gaya dari segi teknik vokal dan gaya muziknya. Dalam sesetengah lagu, Riko dan Nazrin menampilkan vokal ‘growling’ tetapi diadun dengan muzik metal moden.

7) Pada masa sama, SOG tidak meninggalkan elemen muzik tradisional Melayu dengan bunyian biola dan gendang seperti dalam lagu Restu. Malah, kebanyakan lirik lagunya juga berunsur kemelayuan.

8) Malah, mereka turut berkerjasama dengan Dato’ M.Nasir sebagai penulis lirik untuk lagu Sumpah Pendekar.

9) Mereka memulakan siri ini dengan nama ‘Jelajah Bahtera’ pada tahun 2014, di 9 bandar besar di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2015, mereka mula memberanikan diri dengan melakukan siri ‘Kembara Indonesia’ sebanyak 6 kota (Pulau Jawa & Sumatera).

10) Pada tahun 2016, album Bahtera telah dinobatkan sebagai Kulit Album Terbaik oleh Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM).

<strong>Berita Lain:</strong>

Rakyat Malaysia puas hati tengok abang ni mengamuk di kaunter kerajaan

Faktor model Toyota masih mahal di pasaran kenderaan terpakai

Saintis kaji mumia manusia tapi berekor, dah macam ikan duyung

COMMENTS

Wordpress (0)