Dapat anak ke 19, ayahnya namakan sebagai “Cukuplah”

Dapat anak ke 19, ayahnya namakan sebagai “Cukuplah”. Tak dinafikan setiap anak-anak yang dilahirkan membawa rezeki. Mempunyai anak-anak yang ramai dan keluarga besar memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi kewangan yang mencukupi. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Dua Isteri, 19 Anak

Mungkin tak mahu lagi memiliki anak lagi atas faktor kesempitan hidup, seorang lelaki yang mempunyai 2 orang isteri dan 19 anak, telah menamakan bayi terbarunya dengan nama Yeter, yang bermaksud ‘Cukuplah’.

Zeher Geher, tinggal di bandar Diyarbakir, Turki mempunyai 19 orang anak hasil pekahwinannya dengan dua orang isteri iaitu Dilber dan Ikramiye.

Tidak Bekerja
Ekoran daripada pandemik COVID-19, Zeher mengakui mengalami kesukaran bagi memenuhi keperluan keluarga besarnya kerana tidak mempunyai pekerjaan.

Dapat anak ke 19, ayahnya namakan sebagai "Cukuplah"

Pada awalnya, kedua-dua orang isteri Zeher mengakui sukar untuk berkongsi kasih, namun kini mereka bagaikan adik beradik tinggal bersama dalam rumah yang agak sempit.

Isteri pertama Zeher telah melahirkan 10 orang anak, manakala isteri keduanya 9 orang.

Akibat daripada masalah kewangan yang dialami, Zeher menamakan bayi terbarunya dengan nama tersebut kerana tidak lagi mampu untuk menyara lebih ramai anak dimasa akan datang.

“Sekiranya saya tahu ini akan terjadi, saya takkan mempunyai anak yang ramai.”, kata Zeher.

BACA:

Muncul di TikTok, giliran Jep pula kena komen dengan MamatGotNoChill

Tulisan jawi versi baru budak ini buatkan Ustaz pening kepala, “Dia sorang je paham ni”

Dapat bantuan miskin tegar JKM tapi kaki judi

+ posts