Dewan Rakyat tiada senarai Ahli Parlimen sokong belah bahagi Belanjawan 2021

Dewan Rakyat tiada senarai Ahli Parlimen sokong belah bahagi Belanjawan 2021

Seorang jurucakap Dewan Rakyat berkata tiada senarai Ahli Parlimen yang menyokong cadangan mengadakan undian secara belah bahagi bagi menentukan sokongan terhadap Belanjawan 2021, yang petang tadi lulus di peringkat dasar dengan sokongan majoriti melalui undian suara.

Katanya, kiraan ada dibuat tetapi tak cukup untuk mengadakan belah bahagi.

Terdahulu, seorang Ahli Parlimen memaklumkan di Facebook hanya 11 wakil rakyat Amanah, Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi), dan anaknya, Mukhriz (Bebas-Jerlun), menyokong cadangan supaya undian secara belah bahagi diadakan.

Namun kini timbul persoalan apabila pembantu Mahathir beritahu ada 2 lagi Ahli Parlimen yang menyokong Mahathir berdiri, iaitu Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Keputusan majoriti pembangkang untuk tidak menyokong cadangan mengadakan undian secara belah bahagi daripada rakan sendiri, Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena), dari Amanah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/26/dewan-rakyat-tiada-senarai-ahli-parlimen-sokong-belah-bahagi-belanjawan-2021/

COMMENTS