Dibenci bapa tiri, remaja cari bapa kandung… Sekali ini terjadi

Dibenci bapa tiri, remaja cari bapa kandung… Sekali ini terjadi

Dibenci bapa tiri, remaja cari bapa kandung… Sekali ini terjadi
Dibenci bapa tiri, remaja cari bapa kandung… Sekali ini terjadi. Seorang remaja cekal berdepan dengan pengalaman pahit selepas ibu bapanya berpisah. Malah, dia tiada tempat untuk berteduh kerana kedua ibu bapa tiri bermasalah.

Tiba-tiba bapa tiri tidak suka

Kisah sedih remaja berusia 14 tahun itu dimuat naik oleh seorang aktivis kemasyarakatan dikenali sebagai Natipah Abu di Facebook. Pada awalnya, pelajar lelaki itu bersama adik-beradiknya diterima baik oleh bapa tiri namun segalanya berubah apabila hanya dia seorang sahaja yang dibenci oleh suami baru ibu kandungnya.

Hari ini rumah kita mencatat sejarah tersendiri. Menerima penghuni paling muda. 14 tahun untuk menumpang teduh.

Anak ini mangsa penceraian. Ibu kahwin lain. Pada awalnya ayah baru menerima mereka adik-beradik baik-baik saja. Namun entah mana silapnya segala berubah sehinggalah ayah baru mula membenci anak bongsu dari tiga adik-beradik.

Dibenci bapa tiri, remaja cari bapa kandung... Sekali ini terjadi

Lebih pilu, bapa tirinya enggan bertanggungjawab ke atas dirinya walaupun sesen serta tidak mengizinkan untuk tinggal bersama di rumah mereka.

Ayah baru meletakkan syarat tidak menerima dia, tidak akan bertanggungjawab ke atas keperluan walau sesen pun bahkan tidak membenarkan dia tinggal di rumah mereka.

Ketika cuti persekolahan, si ibu berada dalam fasa untuk menuntut penceraian terhadap suami barunya dan kini menetap di sebuah rumah transit untuk wanita di Kuala Lumpur.

Cuti persekolahan, si ibu dalam fasa menuntut cerai dengan ayah baru dan kini berada di sebuah rumah transit untuk wanita di Kuala Lumpur.

Ada masalah dengan ibu tiri pula

Difahamkan, bapa tirinya mula membencikan remaja berkenaan kerana dia bergaduh dengan salah seorang anak kandungnya.

Bukan itu sahaja, pelajar Tingkatan 2 ini pernah ke rumah bapa kandungnya, namun timbul pula masalah dengan ibu tiri. Dia pergi ke Rumah Qaseh Ayah dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres.

Dia tiada tempat berlindung. Tadi, dia tiba di Rumah Qaseh Ayah kita dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres.

Entah apa lah perasaan dia agaknya melalui saat-saat sukar dalam hidupanya. Dulu pernah hidup bahagia di sisi ibu kini terpaksa bawa diri. Terkorban dan menjadi korban.

InsyaAllah dia akan baik-baik saja di bawah jagaan kita. Anak pintar yang sedang belajar di MRSM akan kita jaga dan bantu sebaik mungkin.

BACA:

Anita Baharom tidak mahu lambat-lambatkan kahwin, dah sampai jodoh

Ini nasihat Yasin buat PM Anwar, ramai terkejut

Pemimpin Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah ditahan Bukit Aman