Didakwa cabul murid 12 tahun, guru ditahan polis

Didakwa cabul murid 12 tahun, guru ditahan polis. Seorang guru lelaki dari sebuah sekolah di utara tanah air ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, pihaknya melakukan penahanan terhadap suspek selepas menerima laporan daripada ibu bapa mangsa.

Mangsa adalah seorang murid di sebuah sekolah rendah berusia 12 tahun, mendakwa dicabul oleh guru lelaki daripada sekolah sama.

Didakwa cabul murid 12 tahun, guru ditahan polis

Suspek yang berusia 48 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut dan suspek ditahan reman sehingga Rabu depan untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, Shariman Ashari meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu yang boleh mengganggu siasatan.

BACA:

Ingatkan melayu rupanya dari Amerika, gigih basuh karpet dan potong rumput

Civic Type-R baharu kini didedahkan, nampak garang

Saari Amri kongsi pengalaman pernah tadah tangan di Chow Kit demi sesuap nasi

+ posts