Dipercayai jadi mangsa senapang angin, kucing derita perut berisi nanah. Senapang angin memang amat merbahaya. Hanya kerana terkena tembakan senapang angin, perut kucing ini kembung. Kucing Menderita Perut Besar Berisi Nanah, Dipercayai Jadi Mangsa Tembak Senapang Angin.
Kucing seringkali menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan kesayangan kerana sifatnya yang jinak dan telatah mereka yang comel lalu mampu menambat hati sesiapa sahaja.
Namun, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab dan sanggup melakukan kek3jaman kepada haiwan ini. Tindakan yang dibuat langsung tidak berhati perut dan seolah-olah mengabaikan fakta bahawa si bulu juga mempunyai perasaan seperti makhluk bernyawa yang lain.
Dalam satu video yang tular di media sosial beberapa hari lepas menunjukkan seekor kucing berwarna putih bertompok oren mengalami masalah perut yang membesar hingga kelihatan mengerikan. Lebih memilukan, haiwan berkenaan juga dilihat mengalami kesukaran untuk berjalan. Pada awalnya, tiada sesiapa pun tahu punca yang menyebabkannya menderita sedemikian rupa. Ini kerana terdapat 3 das peIuru di dalam perutnya.
Kucing ini diselamatkan oleh pemilik pusat perlindungan haiwan iaitu dikenali sebagai Rumah Singgah Clow. Di pusat perlindungan ini, mereka telah membuka dana untuk membantu kucing betina ini mendapatkan rawatan selanjutnya.
Apabila dibawa bertemu pakar, barulah mereka mengetahui bahawa perut kucing ini dipenuhi nanah, didakwa ditembak oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan senapang angin.
Kucing ini akhirnya berjaya diselamatkan melalui pembedahan. Ketika nanah dikeluarkan daripada perutnya, doktor turut menemui 3 butir peIuru yang dikesan lebih awal melalui imbasan x-ray.
Selepas penderitaannya hilang, khabarnya kucing comel ini bakal dijaga oleh seorang individu yang baik hati. Bagaimanapun, si comel ini hanya akan bertemu dengan tuan baharunya selepas tempoh rawatannya berakhir.
Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa syukur kerana penderitaan si bulu comel ini berakhir. Mereka juga tidak menyangka ada manusia yang tergamak melakukan tindakan kejam sedemikian dan sanggup melayan haiwan ini sebegitu rupa.
BACA:
Pandu kereta guna kaki, wanita OKU ini tak mahu susahkan orang
Skrin besar jatuh hempap kepala penari atas pentas, semua tergamam