Disangka menyamar sebagai Datuk Bandar, rupanya pemuda muslim ini merupakan VVIP di London

Disangka menyamar sebagai Datuk Bandar, rupanya pemuda muslim ini merupakan VVIP di London

Disangka menyamar sebagai Datuk Bandar, rupanya pemuda muslim ini merupakan VVIP di London. DATUK BANDAR WESTMINSTER, SEORANG MUSLIM BERUMUR 23 TAHUN.

Semasa upacara pengebumian Ratu Elizabeth II, pasti ada yang tertanya-tanya siapakah VVIP Arab memakai rantai kebesaran berwarna emas dan diiringi seorang wanita bertudung. Beliau mendapat layanan VVIP menaiki kereta dengan nombor plat WE1 tatkala ramai pembesar – termasuk Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong – terpaksa menaiki bas kerana jumlah VIP yang terlalu ramai.

Beliau juga tiba hanya selepas pembesar dan pemimpin dunia lain tiba di acara pengebumian. Ini termasuklah Presiden Amerika Syarikat Joe Biden! Hanya Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri, serta Kerabat Diraja Britain sahaja menduduki tempat lebih utama serta tiba ke upacara hanya selepas beliau mengambil tempat.

Beliau merupakan Datuk Bandar Westminster, Hamza Taouzzale. Datuknya berasal dari Maghribi, dan uniknya, beliau baru berusia 23 tahun!

Secara teknikal, Kerabat Diraja Britain serta Perdana Menteri Britain – kesemuanya merupakan penduduk yang menetap di bawah pentadbiran majlis perbandaran beliau.

Disangka menyamar sebagai Datuk Bandar, rupanya pemuda muslim ini merupakan VVIP di London

Majlis Perbandaran Westminster merupakan salah satu daripada 33 Majlis Perbandaran di bawah Pihak Berkuasa Greater London yang secara keseluruhannya dipimpin oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan. Uniknya Majlis Perbandaran Westminster adalah kerana bangunan-bangunan utama Kerajaan British terletak dalam sempadannya. Antaranya ialah Buckingham Palace, Westminster Abbey, Parliament British, Hyde Park, Trafalgar Square, Stesen Keretapi Paddington dan juga 10 Downing Street, kediaman rasmi Perdana Menteri Britain.

Bagi rakyat Malaysia pula tentunya tidak asing lagi bagi kawasan Westminster ini kerana di sinilah terletaknya Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square serta Pejabat Education Malaysia di Bayswater. Pendek kata, Westminster merupakan pusat utama pelancongan di London – anda tidak pernah sampai ke London jika anda tidak sampai di City of Westminster.

Hamza Taouzzale merupakan Datuk Bandar termuda dalam sejarah Westminster apabila dilantik ketika berusia 22 tahun. Beliau juga merupakan muslim pertama, serta yang pertama dari kalangan BAME (Black, Asian and Minority Ethnic). Selaku Datuk Bandar di mana Westminster Abbey terletak, beliau merupakan VVIP bagi upacara pengebumian Ratu Elizabeth II.

Beliau hadir bersama ibunya, Soud. Soud kelihatan lebih tenang serta sempat membetulkan penampilan Hamzah sebelum mereka melangkah masuk ke dalam Westminster Abbey. Soud juga menasihati anaknya agar berjalan perlahan-lahan sepertimana yang biasa dilakukan oleh seorang VVIP.

Sejarah kehidupan beliau bermula dengan sangat sederhana. Beliau menetap di rumah awam yang disewakan oleh majlis perbandaran bagi golongan B40. Datuknya, Mokhtar dan neneknya Fatima berhijrah dari Maghribi ke UK pada tahun 1970-an. Datuknya bekerja sebagai tukang masak, sebelum ditawarkan bekerja sebagai pembantu di Buckingham Palace. Datuknya pernah membawa beliau menyelinap ke Buckingham Palace bagi mengambil kunci yang tertinggal di ruang pekerja.

Kini, beliau masuk ke Buckingham Palace sebagai VIP. Apabila beliau dijemput menghadiri majlis sambutan Jubli Platinum 70 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth II, beliau telah disambut oleh Putera Charles secara peribadi di pintu masuk Buckingham Palace. Tempat duduk beliau juga telah ditempatkan di belakang Putera William dan Putera George. Ketiga-tiga mereka merupakan putera mahkota bagi Kerajaan British.

Perjalanan hebat karier Hamza bermula kira-kira 6 tahun lalu apabila beliau menjadi Ahli Parlimen Belia pada usia 17 tahun. Setahun kemudian pada 2018, beliau menyertai Parti Buruh dan bertanding di kerusi Ahli Majlis Queens Park dalam Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Beliau telah menang dan menjadi Ahli Majlis termuda pada usia 18 tahun. Pada Pilihanraya yang sama pada Mei 2022 yang lalu, parti beliau telah memenangi kerusi majoriti menumpaskan Parti Konservatif. Seterusnya beliau telah dicalonkan sebagai Datuk Bandar.

Jawatan Datuk Bandar – yang memakai rantai kebesaran berwarna emas – digilirkan setiap tahun. Dalam tempoh singkat cuma setahun ini, beliau berazam untuk mengatasi stereotaip berkaitan anak muda British yang tidak berkulit putih. Beliau juga mahu penduduk sekitar lebih memahami tugasan serta fungsi Datuk Bandar borough seperti beliau yang agak berbeza berbanding Datuk Bandar London.

Antara pengalaman lucu beliau telah ditahan beberapa kali oleh pihak polis kerana melakukan kunjungan ke tempat awam sambil memakai rantai emas gergasi tersebut. Beliau disangkakan sedang menyamar sebagai Datuk Bandar.

Pengalaman beliau sebagai Datuk Bandar dalam 4 bulan kebelakangan ini pastinya dicemburui ramai. Laluan kerjaya beliau dalam politik juga tampak jelas. Jika segala-galanya berjalan lancar, beliau pastinya berpotensi menjadi Datuk Bandar London seperti Sadiq Khan, dan mungkin berupaya menjadi seorang Menteri – atau Perdana Menteri – pada masa hadapan. Ini tidak mustahil – kerana sejak berumur 23 tahun lagi beliau telah dilatih menjadi VVIP.

BACA:

Kucing nangis terharu setelah diberi makanan oleh manusia

Pihak penjara sahkan Najib kini berada di HRC, bukan penjara Kajang

Punya kecil signboard highway SUKE, “Nasib tak sodok”
.