Ditegur Azhar Sulaiman, ini komen balas Puteri Balqis

Ditegur Azhar Sulaiman, ini komen balas Puteri Balqis

Ditegur Azhar Sulaiman, ini komen balas Puteri Balqis. Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap hantaran pelakon senior, Azhar Sulaiman mengenai dirinya yang mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya, Azizi Aziz.

Berjauhan Dengan Ibu & Dalam Keseorangan

Menerusi Insta Stories, Puteri Balqis menyatakan bahawa dia kini sedang berjauhan dengan ibunya dan sedang keseorangan. Malah, dia turut berpendapat hantaran Azhar Sulaiman itu menunjukkan emosi yang marah dan geram.

“Uncle, saya sedang berjauhan dengan ibu saya waktu ini, dan saya SEORANG. Do you know how hard it is?

Saya tak nampak apa yang uncle tulis ini sebagai ‘rules’. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram, bengang.”-Tulis Puteri Balqis

Ditegur Azhar Sulaiman, ini komen balas Puteri Balqis

“Terima Kasih Di Atas Nasihat..”
Tambahnya lagi, Puteri Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish dilihat seolah-olah ‘menyindir’ Azhar Sulaiman dengan menitipkan ucapan terima kasih di atas nasihat yang diberikan.

“Terima kasih di atas nasihat anda, encik, tetapi saya tidak akan pernah sesekali berkata sebegini kepada adik-adik dan abang-abang saya di luar sana, yang masih bergelut. Anda telah menulis nota bunuh diri untuk kami.”-Tulis Puteri Balqis

Murai MY baru-baru ini melaporkan mengenai pelakon, Azhar Sulaiman yang mempersoalkan jika tiada siapa yang memberikan nasihat kepada Puteri Balqis sebelum melakukan pendedahan berkaitan bapanya itu.

Azhar turut berpendapat bahawa terdapat rahsia yang harus disimpan sampai bila-bila apabila bergelar selebriti.

BACA:

Tular gambar Nuha dan Naufal atas pelamin cetus persoalan

Bersusun kereta ‘jem’ kerana perbuatan pemandu ni, netizen pulak naik geram

Youtuber temui kereta mewah bernilai RM5.1 juta tersadai di bengkel terbengkalai