Ditemui di kawasan semak berlumpur, mayat remaja perempuan disyaki dibunuh

Ditemui di kawasan semak berlumpur, mayat remaja perempuan disyaki dibunuh.

Remaja perempuan ditemui mati disyaki dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat mangsa berusia 15 tahun ditemui orang ramai sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sejurus menerima makluman sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Katanya, mayat remaja perempuan itu ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur.

“Siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh dan mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

“Susulan itu, seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun ditahan berhampiran lokasi kejadian pada 12.30 tengah hari.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:

Perbaiki kedudukan pada Sukan Sea Kemboja 2023 salah satu misi Malaysia

Banjir Johor: Situasi semakin membaik

75 pelajar kolej ke Karangkraf, timba ilmu industri penerbitan

+ posts