’Doakan baik-baik saja’, Ahmad Maslan kunci mulut agenda perjumpaan PM dan Zahid

’Doakan baik-baik saja’, Ahmad Maslan kunci mulut agenda perjumpaan PM dan Zahid. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berteka-teki mengenai Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

Ahli Parlimen Pontian itu turut mengunci mulut mengenai pertanyaan adakah pertemuan ini mengenai desas-desus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

“Benda baik-baik sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pertemuan yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

’Doakan baik-baik saja’, Ahmad Maslan kunci mulut agenda perjumpaan PM dan Zahid

Tambah Ahmad, perjumpaan ini dihadiri 191 bahagian UMNO melibatkan ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri.

Menurutnya, satu sidang media akan diadakan selepas perjumpaan ini.

“Kalau Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tak dapat, saya akan berurusan dengan media,” katanya.

BACA:

Hael Husaini terlampau ikut trend Kpop, sekali benda pelik yang netizen perasan

Malaysia dicatat negara yang miliki jalan raya paling teruk

’Kalau takde duit tak payahlah order macam-macam’, pakcik susah dihina tokey kedai sekali ini yang jadi

 

+ posts