Dr Maszlee Malik tidak dijemput Dr Asyraf Wajdi sertai forum

Dr Maszlee Malik tidak dijemput Dr Asyraf Wajdi sertai forum

Saya tidak dijemput untuk menyertai sesi forum yang dianjurkan oleh Ketua Pemuda UMNO ini.

Jika saya dijemput, sudah tentu saya akan hadir.
Justeru itu saya ingin menjemput Dr Asyraf Wajdi untuk bersemuka dengan saya dalam dialog terbuka.

Saya juga mengalu-alukan jika ada pihak media bebas yang sudi menganjurkan sesi ini secara live.
Sesi dialog ini juga boleh dihadiri okeh Panel Pakar Rujuk Kurikulum serta wakil dari KPM untuk memberikan pandangan mereka berkaitan tatacara dan prosedur penerbitan buku teks KSSM.

Ayuh kita rungkai isu ini bersama dan dengar pandangan dari pihak yang tepat.
Sudah sampai masanya, budaya fitnah jahat dan tidak berasaskan fakta begini kita hentikan dan gantikan dengan budaya dialog terbuka. Biar rakyat menilai secara adil dan seimbang.

YB Dr Maszlee Malik
26 Februari 2021

COMMENTS