Dulu ayah angkat, sekarang jadi suami

Dulu ayah angkat, sekarang jadi suami

Dulu ayah angkat, sekarang jadi suami. Ya inilah dinamakan jodoh. Siapa sangka lelaki berusia 46 tahun mula-mula dianggap ayah angkat akhirnya menjadi suami yang sah kepada kepada seorang wanita 25 tahun.

Walaupun jarak usia 21 tahun ia tidak menghalang wanita berstatus ibu tunggal itu untuk meluahkan perasaannya terlebih dahulu kerana terpikat dengan keperibadian suaminya itu.

Nur Amira Hanim Hazreen Imran, 25, menerima Zaini Ramli, 45, setelah bibit perkenalan mereka pertama kali di sebuah ladang kelapa sawit.

Amira Hanim mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun selepas berpisah dengan bekas suami pada 2020 manakala Zaini pula adalah duda anak enam dan hidup solo sejak 2012.

“Di situ (ladang) , saya bekerja sebagai pengutip biji relai sawit manakala suami pemandu lori dan panggil dia (suami) abah saja kerana usianya lebih kurang sebaya dengan emak serta ayah.

Dulu ayah angkat, sekarang jadi suami

“Kiranya, saya anggap suami macam ayah angkat saja namun lama kelamaan, timbul rasa suka jadi saya mulakan langkah dengan meluahkan perasaan terhadapnya,” katanya ketika dipetik Harian Metro.

Zaini pada awalnya terkejut apabila Amira lebih dahulu meluahkan perasaan kepadanya namun beliau tidak menolak lamaran itu.

Menurut Amira pertama kali melihat suaminya meningatkan beliau kepada pelakon lama Eman Manan.

“Jujurnya, saya sudah tertarik dengan suami ketika pertama kali melihatnya lagi kerana misainya mengingatkan saya kepada pelakon lama, Eman Manan.

“Lagipun, saya memang suka lelaki berumur 40 tahun ke atas kerana matang dan tidak pernah menutup pintu hati untuk berkahwin lagi selepas berpisah dengan bekas suami,” katanya.

Nur Amira Hanim berkata, dia bersyukur kerana niatnya untuk membina masjid tidak mendapat halangan keluarga walaupun ibu bapanya terkejut sebab umur suaminya sebaya dengan mereka.

“Bagi saya, umur itu angka saja kerana yang penting adalah tanggungjawab suami untuk beri nafkah yang sepatutnya.

“Setakat ini, kami cuba cari keserasian dan syukurlah, suami banyak bertolak ansur.

“Kebetulan, kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini jadi cuba belajar daripada pengalaman untuk jadi lebih baik,” katanya.

Terdahulu, kisahnya tular di laman sosial, Nur Amira Hanim tidak menyangka video dimuat naiknya di TikTok akan mendapat tontonan ramai.

@mamaadha97 benar lah kata orang..kalau dah jodoh kan..btw suami aku ni ex ayah angkat aku tau..tiber lak rasa sayang..tak salah kan mencuba, tup² dah jadi jodoh aku..😁😁 kalau dah jodoh tak kemana..i love u en.Zaini Ramli. 🥰🥰#fypシ #suamiyangsah #exayahangkat #takfyp #nikah #taipingbandarwarisan❤️ ♬ Bunga Rampai – Zaleha Hamid

BACA:

Content TikTok bertukar tragedi, remaja dilanggar keretapi

Youtuber ini potong rim Bugatti Veyron, harga dekat RM112 ribu

“Kami pun bayar cukai” Penjawat awam tunjuk bukti, kecewa sering dicemuh