Elizabeth Tan kongsi gambar cium mulut dengan suami sekali lain pula netizen perasan

Elizabeth Tan kongsi gambar cium mulut dengan suami sekali lain pula netizen perasan. Meskipun sudah mendirikan rumah tangga, namun gambar penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan di Instagram tetap menjadi tempat lelaki meninggalkan komen-komen gatal.

Baru-baru ini, perkongsian Elizabeth atau mesra disapa Lizzy menjadi perhatian apabila memuat naik foto romantis mencium bibir suaminya, Dr. Siew Jim.

Menerusi foto itu, Lizzy dilihat mengenakan gaun hitam seksi sambil dirangkul suaminya sebelum mereka berdua bercium serta beberapa gambar romantis lain.

Elizabeth Tan kongsi gambar cium mulut dengan suami sekali lain pula netizen perasan

Difahamkan, foto dimuat naik itu adalah gambar pasca-perkahwinan mereka berdua selepas mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Perkongsian Lizzy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa melihat aksi romantis selebriti kegemaran mereka itu bercium dengan suami.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen mengatakan sepatutnya mereka dalam gambar tersebut dan bukannya suami Lizzy.

Malah, ada netizen mengatakan mereka mahu unfollow Instagram Lizzy kerana terlalu kecewa melihat gambar berkenaan.

Terdahlu, Elizabeth Tan telah melangsungkan perkahwinan secara ringkas dengan Siew Jim di sebuah gereja di Gombak pada Mac 2021.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Elizabeth Tan (@elizabethtan)

BACA:

Walaupun Najib dipenjara, aura ‘bossku’ tidak terjejas

Ramai sangka anak ‘mat saleh’ rupanya anak dilahirkan albino

Tuduh madrasah dera anak, ibu didakwa buat laporan palsu

+ posts