Fitnah bekas pegawai khas Khalid Samad, Alan Ridzuan ABATA kalah saman, terbukti memfitnah

Fitnah bekas pegawai khas Khalid Samad, Alan Ridzuan ABATA kalah saman, terbukti memfitnah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Pada hari ini Isnin, 27 September 2021, jam lebih kurang 10:15 pagi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa saya telah berjaya di atas tuntutan terhadap NORIDZAHLAN BIN RIDZUAN atau lebih dikenali sebagai “Alan Ridzuan Radin Abata” yang telah memfitnah saya secara terbuka di laman facebook beliau pada 29 September 2019.

Mahkamah Tinggi hari ini telah memerintahkan Defendan, Noridzahlan Bin Ridzuan membayar gantirugi am, khas dan teladan sebanyak RM50,000 kepada saya selain membuat permohonan maaf terbuka di akhbar harian tempatan dan kos sebanyak RM15,000.

BACA JUGA : Zuraida umum kes Adib ditutup, tiada pembunuh berjaya dihukum

Jumlah RM50, 000 tersebut atas alasan tulisan dan video klip yang dibuat oleh Defendan telah hilang atau tidak dapat diakses di laman facebook.
Alhamdulillah.

Saya menerima keputusan ini dengan penuh rasa syukur bahawa segala tuduhan jahat beliau di facebook selama ini adalah fitnah jahat semata-mata yang telah menjatuhkan maruah dan imej saya sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu.

Saya akan terus menuntut penyelesaian perintah Mahkamah sehingga dilunaskan.

Sumber :

COMMENTS