Founder produk culik dipersenda netizen sekali sesuatu pula terjadi

Founder produk culik dipersenda netizen sekali sesuatu pula terjadi

Founder produk culik dipersenda netizen sekali sesuatu pula terjadi. Baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok memaparkan dua gambar seorang ejen kosmetik yang dilaporkan pernah menjadi mangsa culik angkara perbuatan suaminya sendiri.

Barang hilang vs barang jumpa
Menerusi perkongsian pengguna dikenali @bajetcun, kelihatan dua gambar berbeza ejen kosmetik menjadi perhatian warganet.

Gambar sebelah kiri merupakan gambaran yang diwar-warkan kepada orang ramai mengenai berita orang hilang. Manakala, gambar sebelah kanan adalah wajah ‘ejen kosmetik’ yang dilaporkan dijumpai oleh pihak berkuasa.

Pengguna tersebut turut menulis kapsyen yang dilihat seakan-akan ‘mempersendakan’ wajah sebenar ejen kosmetik yang dijumpai oleh pihak berkuasa negara Thailand.

“Harap semua yang memakai filter mengambil ia sebagai iktibar. Macam mana polis Thailand nak kenal mangsa culik kalau gambar yang diberikan adalah seperti itu (kiri). Nasib baik lelaki dia kenal (emoji gelak),”tulisnya.

Founder produk culik dipersenda netizen sekali sesuatu pula terjadi

Seriuslah? Patutlah lambat kesan
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan ketidaksangkaan terhadap wajah sebenar ejen kosmetik yang dikongsikan oleh pengguna tersebut.

Rata-rata mengatakan kemungkinan mangsa lambat ditemui oleh pihak berkuasa adalah disebabkan gambar digunakan sebagai ‘orang hilang’ tidak sama dengan wajah ‘realiti’.

Patutlah kena pulangkan
Gambar lama kot
Bagaimanapun, ada yang berpendapat gambar sebelah kanan itu adalah wajah lama sebelum penampilannya berubah selari dengan peredaran zaman. Malah ada yang mengatakan ia adalah normal memandangkan wanita tersebut menjual produk kosmetik dan kecantikan.

Apa2 pun, alhamdulillah dah selamat jumpa
Selain itu, warganet meluahkan kesyukuran kerana ejen kosmetik itu selamat ditemui oleh pihak berkuasa dan tidak kisah rupa sebenar wanita tersebut kerana ia tidak penting pun.

Terdahulu, ejen kosmetik dilaporkan selamat dijumpai. Ia berikutan lokasi kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

@bajetcun #fypシ゚viral🖤tiktok ♬ minang kocak – ijul_ab

BACA:

Bekas isteri Bad Indigo temui pengganti setelah habis eddah

Polis bersekongkol dengan gangster, ini jawapan padu polis

Konsert depan masjid, kerajaan Kedah hanya mampu zahirkan kekesalan